Monday, 8 February 2016
mak..
saya jarang telefon mak. tapi saya cuba telefon mak walaupun takde modal nak cakap. kadang saja je nak tak tanya khabar sebab lama sangat tak bercakap dengan mak walaupun ade je whatsapp. yelah, whatsapp lain, call bercakap lain feelingnya..
kekadang jelas juga dengan kawan yang selalu call parents dan ade je apa yang nak dibualkan. saya tak macam tu. saya buka orang yang mudah je nak bercakap on the phone. tak ada modal nak cakap apa. kalau ada something nak cakap pun, saya akan straight to the point lepas tu habis. krik krik. lagi prefer message sebab tak perlu nak bercakap,
:)
Sunday, 7 February 2016
This is the first time!!!
believe it or not.. this is the first time i decide to staying at college and not going home although i got one week holiday. actually it not one week but just two days. but some of my classmate ask lecturer to postpone the class. so, no class and it means holidays is extended.
sebenarnya, ada sebab kenapa saya pilih untuk tak balik rumah. satu, ada assignment yang perlu disiapkan. dua, ada group assignment, kalau baik rumah, comfirm susah nak buat sebab kalau saya balik rumah, malas nak sentuh hal berkaitan belajar. lagipun ada group meeting. kalau stay sini, senang nak buat meeting.
tapi tapi, ada juga laa rasa sedikit sesal sebab kakak pun balik. last jumpa kakak pun cuti mid sem november tahun lepas. dah la susah nak jumpa sebab cuti tak sama. yang sama cuti pun sebab public holiday. tapi public holiday pun bukan lama, setakat satu dua hari macam tu je. mana sempat nak balik rumah. apapun nak buat macam mana kan, adat belajar. kenalah berkorban sikit.. tsk tsk tsk..
bila cuti, ramai yang balik dan asrama pun sunyi. part ni best gak laa sebab rasa sangat tenang je.
Wednesday, 3 February 2016
Watercolor Palette and water brush from YellowBee.my
dah masuk februari. okey, nak mulakan cerita bulan pada bulan februari dengan apa yang saya beli dari YellowBee.my (by Mobile Studio Ent.) Saya memang nak puji dengan service YellowBee,my ni, memang terbaik. response customer care pun terbaik. ada masalah sikit dengan atm transfer sebab slip tak keluar. jadi, just bagitahu diorang masalah, dan bagi detail pasal transfer then diorang terus trace my money transfer. senang kan dan tak perlu risau kalau kita tak dapat barang dan rugi duit. :D
YellowBee.my ni adalah website yang menjual art supply secara online. memang banyak art supply daripada pelbagai brand dan harga berpatutan mengikut kualiti barang. banyak pilihan dan memang rambang mata. lama duk termenung depan laptop sebab fikir nak beli yang mana. banyak sangat sampai tak tahu nak pilih. kalau boleh nak beli semua. haha. apa-apapun, memang saya akan beli lagi dengan YellowBee.my ni.
YellowBee.my ni adalah website yang menjual art supply secara online. memang banyak art supply daripada pelbagai brand dan harga berpatutan mengikut kualiti barang. banyak pilihan dan memang rambang mata. lama duk termenung depan laptop sebab fikir nak beli yang mana. banyak sangat sampai tak tahu nak pilih. kalau boleh nak beli semua. haha. apa-apapun, memang saya akan beli lagi dengan YellowBee.my ni.
inilah apa yang saya beli, total RM65.10 including postage. from left, Water Brush, Water Color Palette and a set of brush. excited tau bila parcel sampai. bila ada peluang terus buka dan ambik gambar dan inilah gambarnya..
This Watercolor Palette from Pelikan. RM28.30 with 22 color with one small brush and chinese white color in tube. i already test it and all the color is beautiful. definitely love it!
Pentel Aquash Water Brush (Small Size) - RM19.30. Im in love with this brush. first time using this type of brush and i definitely loveeee it. very easy to use and convenient. highly recommended and i gonna buy it again for other size.
untuk sesiapa yang nak beli art supply tapi susah nak cara kat tempat anda macam saya yang memang susah sebab diorang just jual bende yang biasa-biasa sahaja. bila tahu pasal YellowBee.my ni memang senang kerja bila perlu apa-apa art supply.
Sunday, 31 January 2016
jogging
![]() |
| kasut ni beli kat al ikhsan. ada promosi dan kakak yang belanja. yahuu |
hari seminggu sebelum masuk belajar, kawan ajak gi jogging. okaylah sebab lama dah tak jogging. masa awal-awal duduk rumah sewa je jogging lepas tu dah tak langsung. kiranya, kasut ni aku belum pakai sampai 10 kali lagi lah. haha
Saturday, 30 January 2016
Book Review : Books by FDAUS AHMAD
siapa FDAUS AHMAD? ni kena baca buku beliau baru tahu siapa beliau.
buku yang saya beli adalah:
![]() |
| kiri: dah habis baceee... :D | kanan: belum habis lagi. busy sangat kot. haha |
- Dari Tanjung Malim ke KLCC
- Dari KLCC ke Tanjung Malim
boleh disimpulkan coretan beliau sangatlah santai dan kisah-kisah yang diceritakan memang best dan korang takkan rasa boring. berkisar tentang kisah-kisah hidup yang dilalui oleh penulis sepanjang bekerja di KLCC dan berulang alik dari Tanjung Malim.
apa yang aku suka ialah cara beliau letakkan nama gelaran untuk isteri dia iaitu Cikgu Kuala Kubu. dan banyak lagi nama gelaran lain untuk yang lain. yang menarik juga, penulis selalu juga bercerita tentang kisah anaknya yang bernama Fateem. Kalu berdasar pembacaan dari buku, Fateem ni nampak kelakar lah. ha ha.
tak seronoklah kalau cerita semua kat sini kan. kasi spoil je kan. kena baca sendiri baru best!
Thursday, 28 January 2016
Monday, 11 January 2016
2016
ada banyak perkara juga la yang berlaku dalam masa 10 hari pertama tahun baru ni. antarnya, daftar adik masuk sekolah berasrama.
harapan untuk tahun ini, semoga tahun ini dan akan datang dapat dilalui dengan baik yang jayanya. inshaAllah~
Subscribe to:
Posts (Atom)







