Sunday, 31 January 2016

jogging


kasut ni beli kat al ikhsan. ada promosi dan kakak yang belanja. yahuu

hari seminggu sebelum masuk belajar, kawan ajak gi jogging. okaylah sebab lama dah tak jogging. masa awal-awal duduk rumah sewa je jogging lepas tu dah tak langsung. kiranya, kasut ni aku belum pakai sampai 10 kali lagi lah. haha

Saturday, 30 January 2016

Book Review : Books by FDAUS AHMAD

siapa FDAUS AHMAD? ni kena baca buku beliau baru tahu siapa beliau.

 kiri: dah habis baceee...  :D    |     kanan: belum habis lagi. busy sangat kot. haha
buku yang saya beli adalah:
  1. Dari Tanjung Malim ke KLCC
  2. Dari KLCC ke Tanjung Malim

boleh disimpulkan coretan beliau sangatlah santai dan kisah-kisah yang diceritakan memang best dan korang takkan rasa boring. berkisar tentang kisah-kisah hidup yang dilalui oleh penulis sepanjang bekerja di KLCC dan berulang alik dari Tanjung Malim.

apa yang aku suka ialah cara beliau letakkan nama gelaran untuk isteri dia iaitu Cikgu Kuala Kubu. dan banyak lagi nama gelaran lain untuk yang lain. yang menarik juga, penulis selalu juga bercerita tentang kisah anaknya yang bernama Fateem. Kalu berdasar pembacaan dari buku,  Fateem ni nampak kelakar lah. ha ha.

tak seronoklah kalau cerita semua kat sini kan. kasi spoil je kan. kena baca sendiri baru best!

Thursday, 28 January 2016

Water Color Palette


siapa yang nak bagi hadiah, sila bagi water color palette dan crayon. haha




Monday, 11 January 2016

2016


dah masuk tahun 2016. sekejap je masa berlalu. sekarang dah 11 january. sejak balik rumah langsung tak sentuh blog. cuma coretkan dalam buku je sebab buku lagi special kot. mungkin buku boleh conteng lukis apa sume. lagi best. :p. apepon, blog still tetap dihati juga..

ada banyak perkara juga la yang berlaku dalam masa 10 hari pertama tahun baru ni. antarnya, daftar adik masuk sekolah berasrama.

harapan untuk tahun ini, semoga tahun ini dan akan datang dapat dilalui dengan baik yang jayanya. inshaAllah~


Thursday, 31 December 2015

Alhamdulillah

firstly, semalam last day paper. alhamdulillah sebab berjaya harungi sem 5 dengan jayanya. exam setel tapi result untuk sem 5 belum setel. risau juga ni. rasa harapan nak dapat dean list untuk sem ini tipis je. apa apa memang berharap nak dapat dekan lagi. kena banyakkan berdoa supaya lecturer murah hati je time checking exam paper, inshaAllah.

keep smiling   :)

Tuesday, 22 December 2015

First Day Exam


ermmmmmmmmmm

kertas yang pertama hari ini adalah Topik-Topik Khas, Bagi saya, soalan agak sukar jugalah. Tahap kesukaran mungkin 8 daripada 10. Kertas soalan ada 3 bahagian. rasanya macam bahagian B yang paling susah kot berbanding bahagian lain.

apapun, terasa satu beban dah terlepas dari bahu. tinggal 5 lagi. 5 subjek dalam masa 5 hari terturut-turut tanpa gap. ooooh tidak!!!!!

Monday, 21 December 2015

Spaghetti Olio Ayam


Alkisahnya, ada pesan housemate belikan mi lidi sebab dia balik rumah. Tapi  housemate tersalah belikan spaghetti pula. Apa lagi.. pagi pagi terus buat spaghetti olio sebab bahan memang takde kalau nak buat carnobara ataupun bolognese. Ni pun takde minyak zaiton.. belasah je pakai minyak masak biasa tapi  aromanya takde sangatlah. Gambar ni memang nampak kosong je sbb bahan tak cukup tapi resepi yang nak bagi ni bahan cukup okay..

BAHAN
  • 1 paket spaghetti  *4-5 hidangan
  • 1 keping dada ayam *dipotong dadu
  • 7-8 ulas bawang puting *dicincang
  • 1/2 bawang holland *dicincang
  • Lada benggala *dipotong dadu
  • Garam secukupnya
  • Lada hitam secukupnya
  • Minyak zaiton secukupnya
  • Sedikir parsley atau mana2 daun herba lain yang disukai.


CARANYA

1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam dan minyak zaiton. Bila dah masak, toskan
2. Perap ayam seketika dengan sedikit bawang putih yang telah dicincang, lada hitam dan sedikit garam.
3. Tumis bawang putih dan bawang holland dengan minyak zaiton.
4. Masukkan ayam yang diperap tadi dan kacau sehingga ayam masak.
5. Masukkan lada benggala dan boleh tambah apa apa yang korang nak tambah lagi..
6. Masukkan spaghetti dan kacau sehingga rata dan sebati.
7. Kalau tawar, tambahkan sedikit garam. Biasanya saya tak tambah sangat garam sebab spaghetti dan ayam dah ada garam.
8. Siap dan boleh hidangankan.. yum yum

boleh cuba try okay  :)