Saturday 17 October 2015

#throwback1 :Hilang

nak cerita kisah lama.

dulu masa kecil, aku pernah 'hilang'. alhamdulillah sebab tak ada benda buruk yang berlaku dan aku masih bersama keluarga aku sehingga sekarang.

aku pernah hilang di pasar minggu. alkisahnya, masa berhenti nak membeli kat satu gerai ini, mungkin aku terlepas tangan dan aku ni jenis yang ralit. dan mungkin sedang ralit perhatikan sesuatu. bila aku ralit perhatikan sesuatu, aku dah takkan hiraukan sekeliling. dan mungkin aku tak sedar yang ayah aku dah bergerak.

mak aku cerita balik bahawa mak dengan ayah memang risau sangat-sangat bila aku dah tak ada depan mata. ibubapa mana yang tak risau kalau anak hilang? memang mak ayah cari aku seluruh pasar minggu. akhirnya, aku dijumpai sebelah gerai yang tadi tu. aku tengah syok tengok sesuatu. aku pun tak ingat aku ralit tengok apa. kecil lagi kot masa tu.

mungkin ini kot antara satu sebab mak ayah aku jarang pergi pasar minggu. setahun boleh kira dengan jari berapa kali pergi pasar minggu.

No comments:

Post a Comment