Wednesday, 21 January 2015

Culinary vs Photografy


Saya suka memasak.. tapi itu bergantung kepada mood. Lepas memasak, saya akan letak masakan dalam pinggan dan hidang dengan lawa. Lepas tu mesti ambik gambar dari pelbagai sudut.

Walaupun masakan itu sangat simple, kadang kadang saya tetap buat macam tu. Tapi tak selalu lah kecuali saya ada mood nak buat macam tu.

Dan tadi saya ada goreng popia dan lihat lah apa yang saya dah buat dengan popia itu.

Haha. Macam merapu je entry kali ini.
:D


Tuesday, 20 January 2015

20 Januari


hari ini merupakan hari kelahiran BFF sejak sekolah menengah. jadi, nak wish Selamat Ulangtahu Kelahiran kat dia walaupun tahu yang dia tak tahu kewujudan blog ini. tapi takpe sebab dah wish siap siap tadi kat dia. heehee :D

dan. harini juga merupakan hari bahagia saya. bukan kahwin ye.. tapi hari ini saya dapat hadiah istimewa dari mak dan ayah. thank you and im happy. :D  :D  :D

macam tak percaya mak ngan ayah nak bagi hadiah ini. haritu mak ayah ada tanya nak bagi. tapi saya tolak. maka ayah cakap, kalau taknak, nanti dah tak bagi, so i say yes and today, i got the big gift.


:D

Resepi : Coleslow

bagi saya, coleslow lah paling senang nak buat. sedia kan bahan, gaul je semua dan siap. mudahkan? masa siap gaul tu. saya tak suka letak carrot banyak sangat dalam coleslow saya sebab bagi saya warna coleslow tak lawa. amboi, haha.


Bahan:
  1. ½ kubis – cincang
  2. sedikit carrot – cincang/ parut
  3. 4 sudu yogart / 1 sudu susu segar
  4. 8-10 sudu mayonis
  5. 4 sudu gula
  6. garam secukupnya
caranya:
  1. gaulkan semua bahan sehingga sebati
  2. simpan dalam peti sejuk.

tips: , kalau rasa coleslow memang rasa mayonis hidup hidup. tapi jangan risau. memang rasa macam tu. lepas simpan dalam peti dan lepas tu try rasa sekali lagi, memang terasa coleslow nya. sedap sehingga menjilat jari. eh.. menjilat sudu. yum yum.
ada sesetengah resepi letak bawang besar tapi saya tak suka sebab rasa bawang kuat sangat. terpulang kepada anda nak letak ke tak.




Resepi : Mashed Potato


teringin nak makan mashed potato?
tapi rumah jauh dengan kfc. beli kat kfc macam mahal sedangkan kalu buat sendiri kos lagi murah. kalau buat sendiri, kita dapat mashed potato dalam kuantiti banyak dan juga murahhhh.. 
siapa tak nak kan?
kalu 8 biji kentang baru RM1-2 kot. lada hitam, sulah dan garam memang dah ada kat rumah kan. 8 kentang dapat 4x dari yang kfc punya. nampak tak berapa banyak yang kita jimat kalau buat sendiri. jadi jom buat mashed potato guna resepi ini.


Mashed Potato


Bahan-bahan:
  1.  8-10 biji kentang – belah empat
  2.  2-3 sudu Butter
  3.  Sedikit Lada hitam, sulah
  4.  Sedikit garam
  5.  ½ cawan susu segar

caranya:
  1. Rebus kentang dengan sedikit garam sehingga masak. toskan air.
  2. Masukkan butter, lada hitam, sulah, garam dan lenyek.
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan lenyek sehingga gebu.
tips: 
jangan masuk susu sekaligus tapi masukan sikit demi sedikit untuk tengok anda nak kentang anda lembut mana. kalau nak kentang lebih lembut, lebihkan susu. dan kurangkan susu untuk sebaliknya.

okay, mashed potato boleh makan begitu saja ataupun makan dengan sos lada hitam. sos dia sama je dengan sos lada hitam untuk chicken chop. tapi saya letakkan juga sekali lagi resepi sos kat sini.  :D


Sos Lada Hitam 

bahan:

  1.  4 susu butter
  2.  1-2 sudu tepung jagung - dibancuh air
  3.  3 cawan air
  4.  1 kiub ayam
  5.  1 sudu kecil serbuk lada hitam & sulah secukupnya
  6.  garam secukupnya
  7.  1 sudu sos tiram
  8.  kicap secukupnya
caranya:
  1. cairkan mentega (api kecil).
  2. masukkan bancuhan tepung jagung.
  3. masukan air.
  4. masukkan semua bahan seterusnya. kacau sehingga mendidih.
tips: 
tujuan kicap untuk memberi warna. kalau suka sos warna gelap, lebihkan kicap. kaalu suka sos warna cerah, kurangkan kicap. 
jangan terlebih letak tepung jagung, nanti sos akan jadi terlebih pekat macam jeli bila sejuk.

untuk lada hitam, lada sulah, anda boleh letak sebanyak mana korang nak. kalau suka lada hitam letaklah lah banyak sikit. tapi jangan terlebih banyak sangat ye.

ada sesetengah resepi kat internet ada guna bawang dalam resepi untuk sos. tapi saya tak letak bawang dalam sos sebab bila letak bawang, tak rasa macam sos lada hitam sebab rasa bawang kuat sangat dan saya tak suka rasa bawang kuat sangat. kalau bawang dalam telur dadar or burger saya makan lah. hihi



Kalau rajin, boleh cuba RESEPI INI untuk buat chicken chop.


Resepi : Chicken Chop


gambar ihsan google. lupa nak ambik gambar sebab haritu terus
ngap chicken chop masuk dalam mulut.  :D  :D  :D


saya try resepi yang saya dapat dari internet tapi tak kena dengan selera saya. jadi saya ubah resepi tu mengikut selera saya. okay. untuk buat chicken chop full set versi saya, 4 perkara yang perlu dibuat.

  1. chicken chop
  2. sos lada hitam
  3. mashed potato     |Klik Sini : Resepi|
  4. coleslow                 |Klik Sini : Resepi|
pssttt.. boleh goreng jejari kentang untuk extraaa



Chicken Chop

chicken chop - serbuk roti

bahan-bahan:

  1. isi ayam - ditumbuk
  2. tepung gandum
  3. telur
  4. serbuk roti
caranya:
  1. sediakan ayam.
  2. salutkan dengan tepung
  3. salutkan dengan telur
  4. salutkan dengan serbuk goreng
  5. goreng sehingga garing.
 chicken chop ala kfc

bahan-bahan:
  1. isi ayam - ditumbuk
  2. serbuk goreng ayam ala kfc (original/spicy)
caranya:
  1. sediakan ayam
  2. salutkan dengan serbuk ayam goreng
  3. goreng sehingga garing


-
tips: 
isi ayam tu biasanya ambil bahagian dada dam juga peha. tapi saya rasa bahagian peha ayam lagi sedap. tapi kena pandai buang tulang lah. 
ada dua cara untuk goreng ayam. dengan serbuk roti ataupun serbuk ayam goreng ala kfc. saya suka cara kedua sebab lagi senang dan tak perlu banyak bahan. sedap pun sedap. tapi terpulang kepada anda suka yang mana  :D



Sos Lada Hitam

bahan:
  1.  4 susu butter
  2.  1-2 sudu tepung jagung - dibancuh air
  3.  3 cawan air
  4.  1 kiub ayam
  5.  serbuk lada hitam & sulah secukupnya
  6.  garam secukupnya
  7.  1 sudu sos tiram
  8.  kicap secukupnya
caranya:
  1. cairkan mentega (api kecil).
  2. masukkan bancuhan tepung jagung.
  3. masukan air.
  4. masukkan semua bahan seterusnya. kacau sehingga mendidih.
tips: 
tujuan kicap untuk memberi warna. kalau suka sos warna gelap, lebihkan kicap. kalu suka sos warna cerah, kurangkan kicap. 
jangan terlebih letak tepung jagung, nanti sos akan jadi terlebih pekat macam jeli bila sejuk.




Monday, 19 January 2015

buat chicken chop



dah lama sebenarnya nak buat chicken chop kat rumah. dari cuti yang sebelum ini lagi. tapi apatah daya, bila cuti mindset untuk relax relax je kat rumah. tapi, akhirnya tertunai juga nak buat chicken chop walaupun tak menjadi sangat untuk buat kali pertama. markah bolehlah bagi 70% untuk diri sendiri. hikhik

chicken chop yang nak dibuat ni terdiri daripada 4 perkara.

  1. chicken chop
  2. sos lada hitam
  3. mashed potato
  4. coleslow

kali pertama buat, cuma buat sos, mashed potato dengan coleslow je. chicken chop tak buat sebab takde serbuk roti. mashed potato tawar sikit. coleslow tip top. cuma tak berpuas hati dengan sos. sebab sos tak berapa menjadi. silapnya pada bawang dengan bancuhan tepung jagung.

jadi untuk menebus kekecewaan terhadap sos lada hitam yang tak menjadi pada cubaan pertama. bawang dilenyap dari resepi dan bancuhan tepung jagung dikurangkan. hasilnya percubaan kedua amat memuaskan hati. thumbs up kepada diri sendiri. chicken chop tak guna serbuk roti tapi guna tepung ayam ala kfc original.

dan bila chicken chop bersatu dengan sos lada hitam.. seterusnya masuk ke mulut. umpphhh.. bahagianya rasa. akhirnya dapat juga merasai chicken chop hasil tangan sendiri.

lupa nak ambik gambar. takpe, lain kali nak buat lagi. full set chicken chop.
nanti akan upload resepi.

Tuesday, 6 January 2015

Ini Januari


chewah. 'Ini Januari'
tajuk bukan main lagi ye. macam tajuk lagu gayanya. ermm. mungkin boleh dipertimbangan. nantikan liriknya. hihi

hari ini dah masuk 6 Januari 2015. tak sangka dah masuk tahun 2015. terasa masa pantas berlalu. memang pantas. rasa macam baru mulakan sem 3. tup tap sekarang dah selesai jawab 4 paper final exam. tinggal 2 paper lagi. esok dan lusa. tapi gaya macam orang takde exam je sebab masih lagi boleh menaip untuk update blog. hikhik.

pagi tadi paper Statistic & Probability. dari zaman sekolah lagi lemah bab Probability. dua tiga hari lepas agak risau juga pasal subjek ni. takut sebab carry marks tak berapa strong. takut kalau soalan susah gila sebab masa test pun rasa soalan macam susah. risau dan takut sampaikan tak ada mood nak study. dua hari lepas langsung tak sentuh nota. 

semalam tengah hari baru start study. semalam pun tidur tak lena sangat. asyik terjaga sebab fikirkan maths. nak bangun tapi malas sebab mindset cakap jam loceng belum bunyi. jam loceng buat buat pukul 4 tapi pukul 4.30 baru bangun. tu pun sebab emergency nak ke tandas. kalau tak, pukul 5 belum tentu bangun. tutup cerita sebab paper maths pun dah jawab pagi tadi kan. alhamdulillah soalan agak senang. tak sangka rasa yakin je masa jawab tadi. mungkin sebab terbayangkan soalan yang susah akan keluar. tu yang bila soalan senang, tu yang diri ini rasa tersangatlah gembira. tersenyum riang :)

lagi dua paper. lepas tu balik rumah. rindunya kat rumah. rindu kat familia. rindu kat kucings. rindu kat bilik tercinta. hikhiks.