Sunday, 26 June 2016

Sate



okay, teringin nak makan sate sejak masuk awal sem pendek. Tapi cari kat bazaar ramadhan, tak jumpa pun sate. pelik kot. serius? takde orang yang jual sate ke? yang ada cuma daging bakar je. tapi nak sate.. okay, nanti balik cuti raya kat rumah, nak kena beli gak sate kat bazaar dekat rumah.

first mission bila balik rumah : SATE!!!

Saturday, 25 June 2016

Asam Gumpal

Asam Gumpal ataupun Sagumpal

inti kacang dengan kuah lemak santan


asam gumpal antara kuih kegemaran aku. kuih cara berlauk pun antara kuih kegemaran aku. bila, ramadahan, mesti teringin nak makan kuih kegemaran ni. baru 2 kali makan asam gumpal. suka asam gumpal sebab kuih sedap! lagi-lagi, sagu yang lembut. suka suka.. hihi kuih cara pula baru sekali. tu pun kuih cara berlauk yang buat sendiri. yeah.. tepuk tangan. pencapaian yang cemerlang.


Ramadhan

sekarang dah nak habis minggu kedua ramadhan. sekejap je masa berlalu. tup tap dah nak dekat raye. progress presentation untuk fyp2 pun tak sampai seminggu je lagi. berdebarnya.

ini kali kedua puasa jauh dari rumah. kali pertama, 3 tahun yang lalu, masa matrik dulu. seronok berbuka masa matrik dulu, berbuka dengan roommates. best sebab satu bilik 4 orang. sekarang, 1 bilik 2 orang. ni pun duduk sorang dalam bilik. berbuka sesoranglaa setiap hari. haritu ada sekali berbuka ngan kawan-kawan kat kafe. takdelah kesunyian sangat..

kalau sahur pulak, mase kat mtrik, awal-awal, bersemangat je turun sahur kat kafe. lama-lama, minum air atas katil je. haha. biasalah, lama-lama dah malas nak tukar baju untuk turun kafe. kalau sekarang, memang tak pernah pegi kafe sebab kafe tak buka pun sahur. sahur apa yang beli semasa berbuka ataupun roti bun. tapi, dah 3 kalu tak silap, minum air je, 

rindulah nak berpuasa kat rumah. boleh sahur dan berbuka dengan keluarga. bukannya sesorang macam sekarang.. T.T


Wednesday, 8 June 2016

Pulau Perhentian

minggu lepas, seminggu sebelum puasa, pergi ke Pulau Perhentian. YEAHH. memang dalam senarai tempat yang nak pergi kot. memang tak pernah lagi jejak kaki kat pulau lagi. pulau borneo pernah laa tapi masa baby, mana nak ingat. secara official nya, pulau perhentian adalah pulau yang pertama yang berjaya dijejaki. terima kasih kat family.

ini adalah percutian legasi tokku, walaupun tak semua ada, tapi tetap happening! percutian ke pulau yang tak dirancang. memang nak pergi besut kat rumah mak sedara, pahtu.... jom ke pulau perhentian. last minute planning. petang sebelum pergi baru deal dengan agent yang uruskan. kitorang pergi balik hari. maknanya pergi pagi balik petang.

dalam pukul 9 naik bot laju. dalam setengah jam perjalanan. 10.15 naik bot untuk snorkeling. ye. best sangat-sangat snorkeling. inshallah, ada peluang nak snorkeling lagi. 

di jeti Kuala Besut. menunggu untuk naik bot laju

pemandangan pagi di sungai dari jeti Kuala Besut

bot laju pelancong lain.

pulau pehentian

air laut di jeti pulau perhentian

jeti Pulau Perhentian

dari tengah laut
Kitorang berusan dengan Belalang Holidays dan untuk pakej pergi balik adalah RM 110 untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak (4-12 tahun). disebabkan kitorang ramai, dapat diskaun jadi RM 100.


Tuesday, 31 May 2016

ump

Blok A dan B
sabtu lepas hantar adik daftar kat ump. ni kali kedua masuk dalam ump. kali pertama lalu dengan bas rapid kuantan masa trip ke gambang waterpark dulu. kiranya kali ini, official jejak kaki kat ump gambang laa.. haha..

ump dekat susur keluar LPT, jadi kalu dari rumah lalu kat LPT memang dekat. haritupun, tak sampai 2 jam dah sampai ump. kalau lalu jalan biasa, mahu 3 jam lebih kot baru sampai. untung ada lebuhraya. memudahkan dan cepatkan perjalanan.

hostel budak lelaki yang adik dapat macam apartment. satu rumah ada 4 bilik dan 2 bilik air. macam biasa, satu bilik kongsi 2 orang. tapi almari dan meja kecil dari macam tempat saya belajar sekarang. apapun, bersyukur. heehee. nak bagitahu, kat tempat saya almari dan meja boleh tahan besar juga. almari ada banyak ruang kosong dan meja memang best kalu nak buat kerja. boleh sepahkan meja dengan macam-macam. walaupun letak printer kat hujung meja, still rasa luas. okay, cukup. :D

apapun, kalu tak silap bangunan dan lebih daripada 6 tingkat mesti kena ada lift. haritu pun angkut barang guna tangga ke tingkat 5 sebab malas nak tunggu lift. ramai sangat yang beratur. tangga sini tak letih sebab anak tangga tak tinggi sangat antara anak tangga lain. sebab, sesetengah bangunan, walaupun 3 tingkat rasa letih sebab jarak anak tangga tinggi sangat. faham tak apa yang cuba disampaikan ni..?

okaylah, selamat belajar adik.. belajar rajin-rajin ye.
 .

cuti


dah seminggu cuti sem tapi coding satu pun tak jalan. sebenarnya cuti sem 2 minggu lebih je.. huwaa. sebab ada short sem untuk fyp2. lepas short sem terus praktikal. sekejap je masa berlalu. kiranya last semester adalah last ada final exam bertulis. tapi tak confident dapat dekan. probability nak dapat dekan amatlah rendah.