Sunday 21 February 2016

Pindah Bilik


Bilik ada masalah. Pintu tak boleh nak tutup sebab kedudukan pintu jatuh sikit menyebabkan pintu terkeluar daripada frama pintu. Dua tiga hari pertama boleh lagi tutup dari dalam kalau masa nak tutup pintu tu kena angkat kuat-kuat. letih woo.. biasanya buat bila dah nak tidur waktu malam. kiranya, pagi buka, malam baru tutup.

tapi, lama kelamaan... kedudukan pintu tu semakin jatuh dan langsung tak boleh nak tutup, hanya boleh rapatkan je. semakin lama semakin parah, pintu tak boleh nak nak usik langsung sebab takut nanti pintu tu terjatuh dan banggggg... jatuh menyembah lantai.

eh, ganas sangat ke sampai pintu nak tercabut? takdelah, ayu je. sebenarkan pintu tu dah pernah jadi macam tu dulu sebab pada bahagian yang terbuka tu, ada kesan gam dan banyak skru untuk tampung berat pintu tu. pintu tu sebenarnya, ada simen kat dalam, kat lapisan luar cuma kayu sikit je. rasa ratio simen kayu lebih kurang 7:3 kot. haha. nak buat macam mana, dah sampai masa pintu tu dah takleh tahan dengan skru skru tu.. eh

alhamdulillah, selepas seminggu lebih mengharungi hari-hari yang mencabar sebab tak boleh nak tutup pintu, akhirnya, dapat pindah bilik. Risau gak kalau dapat bilik kat blok sebelah. mampus nak mengangkut barang jauh-jauh. alhamdulillah sekali lagi sebab dari tingkat 4 dapat bilik tingkat bawah sekali, blok dan wing yang sama. dapat kunci bilik terus pergi angkut barang separuh sebab lagi sejam lebih ada taklimat. lepas tu sambung lagi angkut barang, cepat-cepat juga angkut petang tu ada discussion dengan kawan. fuhhh.. such a busy day.

hari, semua benda dah setel. semua barang dah disimpan dan diletakkan tempat yang sepatutnya. cuma tinggal nak hias bilik ni sikit lagi. :)

No comments:

Post a Comment