Wednesday 28 December 2016

balik rumah

tell the world I am coming home~

3 minggu yang lepas, kami buat keputusan untuk balik rumah masing-masing sebab cuti empat. dalam tempoh 6 bulan, ini je cuti yang paling lama. jadi, kena ambil peluang yang ada ini.

agar mencabar juga nak beli tiket, tiket saya alhamdulillah ada. kawan punya kawasan rumah dia dan yang berdekatan semua habis.jadi dia beli tiket untuk balik kerumah saya dulu. kawan sorang lain pula asalnya nak balik dengan ayahnya, tapi last minute tak jadi, mujurlah saya ada tiket lebih satu. jadi dua orang kawan lah balik ke rumah saya dulu. lepas tu baru balik ke rumah masing-masing. asalkan sampai ke pantai timur dulu, jadilah.

cuti empat hari, memang semua orang ambil peluang untuk balik. malam kami nak naik bas tu, ada annoucement yang mengatakan bahawa tiket ke semua destinasi habis.

okay, stop pasal tiket. cerita pasal kat rumah pula. banyak benda juga yang berubah kat rumah. terutamanya kat ruang tamu. mak ubah karpet dari rumah keluarga ke ruang tamu dan tambah kertas bunga-bunga kat rak. ruang tamu berwajah baru gitu. adik bongsu baru lepas bersunat. masa balik haritu, kiranya tengah berpantang laa. comel je pakai kain pelikat.. haha.

berwajah baru

aktiviti bersama adik.

buat pizza. before

after. dah boleh makan. yum yum

No comments:

Post a Comment