Thursday 29 December 2016

Jalan-jalan naik MRT

yeah, MRT dan beroperasi secara rasmi bermula 16 Disember 2016. PM pun dah umumkan bahawa MRT free satu bulan sehingga 16 Januari 2017. yahuu..!

tengk tu, FREE tau untuk satn bulan

alang-alang rumah ni memang dekat juga dengan stesen MRT Sungai Buloh dalam 5-10 minit dengan kereta. Maka, kita ambil peluang ni untuk berjalan-jalan menaiki MRT. kami naik dari Stesen Sungai buloh sehingga Stesen Semantan. kemudian patah balik.

tu train dari arah semantan. kosong sebab semua dah keluar.

dalam mrt. huhu

at last station, semantan. gigih tunggu semua keluar untuk snap gambar.

dalam perjalanan balik ke sungai buloh, singgah di stesen Bandar Utama untuk ke One Utama. ada bas free dari MRT ke OU. dah puas pusing OU, kami keluar dan naik bas free ke Stesen Mutiara Damansara. dari stesen kami jalan kaki ke The Curve. dekat ke dari stesen, dalam 5-10 minit jalan kaki. bergantung speed kelajuan berjalan. hihi.

The Curve or e curve?
lepas tu kami ke IKEA yang bersebelahan dengan The Curve. pergi IKEA mesti kena cuba meatballs. first time jejakkan kaki dalam IKEA. rasa jakun jap. teruja betul. maklumlah orang kampung masuk bandar. haha

yeah ikeaaaa

ramai betul orang kat IKEA lagi-lagi kat kafe

akhirnya, dapat uga merasa meatballs IKEA. yum yum..

hari dah nak gelap, moh le kita pulang naik MRT. sebelum pulang ke rumah, kami singgah ke IZI Stesen dulu untuk dinner iaitu Shell Out. ada tiga hidangan utama iaitu Buttermilk, Blackpaper dan Asam Pedas. Asam Pedas adalah hidangan yang femes kat sini. datang sini wajib cuba Shell Out Asam Pedas tau.


Shell Out @ IZI Stesen. Buttermilk dan Asam Pedas. Very recommended.

itu aja kot pada 17 disember 2017. penat betul seharian berjalan.

4 comments:

  1. Kalau turun dekat mutiara damansara tuh dkt x nk ke ikea or the curve ? Boleh terangkan ? Tq :)

    ReplyDelete
  2. maaf lambat reply. dekat je dan boleh jalan kaki. Kalau pintu D dah siap, boleh keluar dari stesen Mutiara Damansara ikut pintu D yang terus bersambung (ada jejantas bertutup) ke e-Curve. *masa saya pergi haritu pintu D xsiap lagi.

    kalau tak siap lagi boleh keluar dr pintu c dan jalan kaki dalam 5-10 minit macam tu.

    ReplyDelete
  3. bagaimana klu dri gombak utk ke Mutiara Damansara, pengangkutan apa yng perlu dinaiki

    ReplyDelete
  4. Dari mrt sg.buloh nak ke ou turun dkt mna?

    ReplyDelete