Friday 30 December 2016

Desolasi

okay, haritu pergi The Curve tengok wayang. disebabkan kawan nak sangat tengok cerita Desolasi, kamai turutkan sahaja laa. demi kawan tercinta katakan.

enam belas hengget harga tiket

filem ini dilakonkan oleh Syamsul Yusof dan diarahkan oleh Syafiq Yusof. berkisahkan tentang seorang lelaki yang ingin semua masalah hilang, akhirnya, semua hilang. tinggal dia seorang je dalam dunia ni. macam-macam benda yang dia buat sebab dunia ini dia yang punya. akhirnya, rupa-rupanya itu hanya imaginasi dalam dunia khayalan sahaja,

poster filem Desolasi
bagi saya, filem ni okay lah.boleh bagi 7/10 bintang. permulaan filem agak bosan bagi saya, kawan saya yang sorang lain siap tertidur lagi. bosan mungkin sebab tertanya-tanya filem ini berkisahkan apa. walaupun dan tengok trailer, still tertanya. bila dah separuh, barulah persoalan terjawab satu persatu, ada 2 part yang agak sedih. masa mak dia mati dan last part bila ayahnya mati selepas selamatkan dia. tabik kan penulis sebab boleh hasilkan karya macam ni.

No comments:

Post a Comment