Saturday, 12 July 2014

1-4-3





her voice are sooo nice.. i think it the best eng cov for this song i guess.. 
psttt.. waiting for high school love on episode 2 with eng sub.. ah ha ha

Monday, 7 July 2014

High School : Love On




drama yang ditunggu-tunggu sejak 2 bulan lalu. sepatut hari jumaat lepas first episode tapi atas sebab tertentu, terpaksa ditunda jumaat depan. seminggu lepas. takpe, kalau dua bulan sanggup tunggu, seminggu tu kacang jekan.. ha ha ha.. cakap memang senang kan. kah kah kah

tak sabar nak tengok episod pertama. 11 july first episode.. haha.. yesss.. esoknya pasti dah ada orang tolong sub kan.. kalu nak tunggu kbs world.. alamatnya lambat lagi lah.. sebab 29 july baru first episod.. 2 minggu beza.. hehe



Friday, 4 July 2014

tiba-tiba terkunci.. opsss


tetiba rajin nak lukis, senang sikit nak faham kan.. 


ini kisah berlaku petang tadi.  pukul 4.00 pm

macam biasa, aku selalu duduk dalam bilik buat kerja yang patut aku buat, sekali tu aku nak keluar dari bilik. pulas tombol pintu tapi pintu tak boleh buka. saat tu aku tahu yang pintu aku tersekat. yang kat dalam tu tersekat walaupun pintu tak berkunci. adoyy.. macam mana nak keluar??

aku panggil adik aku suruh buka dari luar. mana tau boleh ke kan. malangnya, tak boleh juga. aku try 'cokeh' dari dalam dan tetap tak boleh. yang kat pintu tu, orang panggil apa entah.. tapi yang punat kecil tu memang dah lama panah, tapi entah macam mana hari ini baru nak terjadi terkunci tiba-tiba macam ini.

adik aku hulurkan skru driver kat tingkap untuk cungkil tapi aku tak reti nak buat. haha.. aku pun suruh adik aku masuk dari luar guna laluan rahsia. terima kasih kat adik aku, pintu tu berjaya dibuka. tak lama lepas tu ayah aku tanggalkan tombol pintu tu.

jadinya, bilik aku dah tak ada tombol pintu. ada satu lubang. boleh nampak dari luar... jadi aku tutup lubang tu dengan kotak yang dah aku gunting bentuk bulat. pintu pula, kalu aku nak tutup aku guna penyendal pintu.

okay.. tu je kisah yang tak dijangka yang berlaku kat aku, kali kedua pintu bilik terkunci. kali pertama berlaku masa kat matrik dulu. masa study week  sem satu pulak tu. masa berlaku memang rasa azab sangat sebab tengah malam masa tu. fello pulak ramai tak kat hostel sebab balik kampung untuk raya haji. aku dengan roommate aku sorang lagi, dahlah tak balik raya haji, sekali.. pintu bilik terkunci pulak.. tapikan, bila ingat balik, smeua tu kenangan manis kot.. tersenyum ke telinga kan.. ha ha ha

Thursday, 3 July 2014

urmmm


bila tiba bulan ramadhan ni, terasa rajin je nak update blog. ada je idea nak tulis pasal apa. mungkin ini keberkatan bulan yang mulia. :)

tapikan, sejak start puasa ahad haritu, harini terasa agak letih berbanding hari sebelum ini.

pagi tadi hantar adik pergi sekolah. tertinggal beg baju. balik rumah pergi hantar lagi. pukul 9 pergi majlis temu murni/mesra adik lagi. ohh.. aku ada jumpa lagi cikgu aku masa sekolah menengah kat majlis ni. 3 jam duduk kat kerusi dengar orang bercakap. urgghhh.. bosan plus mengantuk plus sakit belakang sebab duduk lama. lepas habis pergi naik kelas adik tingkat 3 untuk sign kad prestasi. turun tangga, tergelincir. jatuh kedebuk kat tengah tangga. mujur tak sakit. urmm.. tapi tak tau lah sakit tu tak datang lagi.

lepas tu pergi kat bandar sebab nak pergi pejabat pendaftaran negara untuk ambik ic. haha.. awal bulan 4 buat, bulan 7 baru pergi ambik. ha ha ha. pakcik tu tegur sebab lama betul tak ye.. sambil-sambil tu borak dengan pakcik. dia tak tahu pasal kampus baru universiti aku, tapi dia tahu pasal satu taman ilxx kat tempat tu. padahal kampus aku kat taman ilxx juga. dan nanti u aku akan ambik alih projek taman ilxx yang terbengkalai tu.

lepas tu aku pusing-pusing kedai.. tukar screen protecter. masuk kedai kasut. 4 kali cuba kasut yang berlain yang aku berkenan, semua saiz yang paling besar tak muat. padahal sikit je kaki aku lebih. nak buat macam mana. kaki besar sangat. haritu kat kedai lain pun macam tu juga. tapi tadi ada satu kasut. kalau saiz tu tak habis stok.. mesti dah boleh aku beli, tapi malangnya dah habis. yang kat display tu.. ketat sikit je. kalu saiz atas dari yang tu memang muat lah. takda rezeki lah tu. malas nak fikir balik. aku keluar.

keluar kedai kasut, masuk kedai kain. bukan nak beli kain raya ye.. nak beli kain hitam untuk buat seluar dan skirt labuh. harga lepas kurang rm 10 semeter. aku beli 4 meter. jumahnya rm40. disebabkan aku nak pergi ambik adik aku sekolah menengah, aku merayau-rayau ke sebab nak cukupkan masa. malas nak balik rumah. sebab kalau aku balik rumah ibarat aku buat pusingan u je sebab sekolah adik adu tu berapa meter je dari deretan kedai tu.

lepas ambik adik balik rumah, tak  lama lepas tu pergi ambil mak pulak kat sekolah. masa balik tu, aku bagi mak aku bawa sebab aku rasa tak larat je.

kalu mak aku tinggal kereta kat rumah, macam ni lah rutin aku setiap hari. jadi drebar part-time. ha ha ha. mungkin aku rasa letih sangat kot harini sebab biasanya, aku duduk rumah je, tertiba je hari ni aktif semacam. mahu tak terkejut badan. heehee.. :p

terasa nak tidur je. tapi dah nak dekat asar. tak elok kan tidur lepas asar. lagi-lagi pada bulan ramadhan ni. okay.. bye

ahahh.. mengoda tak.. hihihi :P


psttt.. pudding roti yang buat semalam besttt.. nanti nak buat air bandung untuk berbuka.. tehee..


Wednesday, 2 July 2014

[lyric] Light




Hamster gyu - Light

Shine You’re The Light

Did you come into my heart?
Tell me, since when?
When I turn my head
I think about your eyes

Can I Could I Be Your Man
Time seems to be flowing toward you
At your wordless gestures
I can’t close my eyes
You get even clearer
So Give Me The Light
Give Me The Light

Your shining smile melts me
It reveals the world, it shines in front of me
Even if everything changes and disappears
I only feel your light
Light in my eye

I, I, I I’ll go to you
I try to avoid it but I can’t, I can’t wait anymore
You, you, you, hold my hand
You can’t avoid it, I will have that light right now

Your shining smile melts me
It reveals the world, it shines in front of me
(You Light Up My Night You Make Me So Right)
Making me see everything

Give Me The Light
The light that always shine in front of me

I Wanna Kiss You
I Wanna Hold You Tight
I want to share everything with you
I hope you’ll lean on me

You, You, You, come to me
Even if this moment gets erased, I won’t let you go
I, I, I, hold your hand
Can’t Let You Go
Wanna Make You Feel My Love

Lady, Lady Cuz You Are The One For Me
Even after time passes
Wanna Be Love Your Love
So your heart won’t hesitate

I’ll carefully go to you, little by little
Naturally, I will show you

kurang khasiat lebih khasiat




tadi, aku borak dengan adik yang muda 8 tahun. tiba-tiba termasuk satu topik pasal kawan sekelas dia. dia cakaplah yang kawan dia kalu kat sekolah tak minum air masak.


adik : kawan kita tak minum air masak pun kat sekolah

aku : okay.. habis tu minum apa?

adik : nampak slalu minum air gas je. kadang-kadang tu sampai 2 cup.

aku : ohh,, yeke

adik : tapi dia kurus

aku : kuruslah sebab tak cukup khasiat. ce tengok.. orang baru cukup khasiat

adik : eleh.. tu terlebih khasiat tu


adoyy.. kurang asam punya adik. boleh dia memperlekehkan kakak dia. tahulah chubby.. tak banyak.. sikit je.. keke terasa tau.. #deep. ha ha ha.. takdelah terasa pun. gurau je tu dia. dah selalu kena.. alah bisa tegal biasa katakan.. erkk. rasa macam apa yang aku tulis ini takde motif yang jelas. kbye~

[resepi] Puding Roti


puding roti memang antara makanan yang aku suka. tapi aku tak suka yang lebik punya, aku suka yang kering macam tu tapi takde lah terlalu kering ye.

disebabkan ini bulan puasa, roti keping tersangatlah tidak laku kat rumah aku. memandangkan roti yang dibeli sehari sebelum puasa masih lagi ada, aku buatlah keputusan untuk buat puding roti bakar. disaat aku menulis, puding roti itu telah pun berada dalam oven. kekeke

ini resepi yang aku guna. ringkas tapi padat. sebab aku tak suka resepi yang rumit. HA HA. well, that was the real me. pemalas.  :p



Resepi Puding Roti Mudah dan Sedapp

bahan-bahan:

♫ 8 keping roti
♫ 2 cawan susu segar
♫ 4 sb gula halus
♫ 1 biji telur
♫ 1 st esen vanilla

cara-cara:

♫ satukan semua bahan kecuali roti ke dalam sebuah loyang dan kacau sebati.
(guna loyang yang sesuai saiznya)
♫  carikkan roti dan masuk ke dalam loyang. tekan roti dengan sudu berulang kali supaya bancuhan menyerap dengan berkesan. keke.
♫  masukan ke oven dan bakar pada suhu 200°c selama 30 minit.

    **bergantung kepada oven masing-masing. adjust sendiri ye.
    **kalau nak tambah kismis ke coklat cip ke..terpulang ye. 


okay.. tak sabar nak tunggu masak dan makan untuk berbuka nanti. hehe.. kuih cara berlauk pun antara kuih yang paling aku nak makan masa bulan puasa. aku nak cuba buat sendiri juga kuih cara berlauk. tapi kat rumah aku takde sarang acuan. ermm.. kena usahakan untuk beli sarang acuan tu.. harap harap dipermudahkan. amin..


nanti kalau dah masak aku snap gambar. kalau rajin upload. kalau tak.. tak upload. muhaha..  :P