Thursday, 22 June 2017

Before Raya

Tahun ini raya jatuh hari Ahad, 25 Jun 2017. Lagi 3 hari termasuk hari ini. lagi tepat 2 hari setengah kot sebab sekarang dah separuh hari. Alhamdulillah, tahun ini diberikan kesempatan untuk berpuasa penuh dirumah bersama keluarga walaupun tak lengkap sebab ada adik beradik yang belajar. masing-masing duduk asrama. akhir ramadhan baru cuti.

Adik lelaki sulung dah balik rumah ahad lepas. Dua adik perempuan akan balik petang ini. Dan kakak yang sulung akan menyusul balik malam ini dan mungkin sampai sahur nanti. inshaAllah, maka lengkaplah keluarga kecil kami. ;) esok, kami akan bersahur bersama-sama dengan semua ahli buat kali pertama ramadhan ini. sekala, berempat je selalu. saya, adik bongsu dan mak ayah. kali ini berlapan, ayah mak kakak saya dan adik-adiks kesayangan.

Seperti tahun sebelum ini, memang saya akan buat biskut raya. antara kuih yang biasa buat kuih sarang semut, cornflakes madu, cornflakes coklat dan Biskut Coklat Cip adalah kuih yang paling wajib buat. my signature kuih tu beb. kali buat lebih sebab ada orang order. yahuuuu. satu balang ada 50 biji yang dijual dengan harga RM 15. kira murah tau sebab ada yang jual RM 20++ gitu. lagipun, saya tak kedekut coklat cip. hihi. siapa nak order bolehlah PM ye.

Tahun ini saya cuba buat Biskut Batang Mancis. tapi tapi... tak berapa menjadi. huwaaa. tak kena resepi betul kot. susah tau nak jumpa resepi yang serupa dengan yang pernah buat masa sekolah dulu. rasanya dulu buat tengok resepi dalam buku masakan mak, tapi cari tak jumpa. resepi mak, adunan nya kena canai, resepi jumpa kat internet adunan sedikit lembik sebab kena piping. bila tak menjadi, macam tak semangat je nak try buat kuih lain sebab takut tak menjadi juga. nak cuba buat biskut dahlia, harap-harap menjadilah ye.

selain kuih raya, mesti kena ada kerepek juga kan. kalu kerepek, biasanya beli je, tak pernah buat lagi setakat ini. hihi.setiap ramadhan, mesti kena beli kerepek kegemaran saya. iaitu kerepek bawang, kegemaranku sejak zamn berzaman. bila makan, mesti melekat kat celah gigi tapi part ini yang nikmat makan kerepek sebenarnya. haha. mak pulak, mesti wajib beli kerepek pisang dan ubi. kerepek lain pun beli juga. Tahun ini best sebab jumpa kerepek bawang yang rangup lembut dan tak terlalu keras. bila mengunyap, best feeling ever. melted in my mouth. dan kerepek ubi pun sama. Sedap betul makan kerepek ye, terus lupa diri yang tengah diet dan kena elakkan makanan berasaskan tepung. sebab itu lah minggu ini berat susah nak turun maintain sama je. mujur maintain sama, kalau naik? arghhh tidakkk.

eh eh, terpanjanglah pula kisah kali ini. okaylah, berhenti kat sinilah dulu dan Salam Aidilfitri.


psttt: kena cari lagi sekali resepi dalam buku mak kot-kot terlepas pandang ke. selalu buat Chocolate Chip Cookies tapi tak pernah share resepi lagi dalam blog ini. tengoklah, kalau rajin lepas ni, saya share ye.

Thursday, 15 June 2017

#MyAtkinsDiary2




Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan amalkan diet aktins, berat turun sebanyak lebih kurang 12 kilo. Pencapaian yang agak memberangsangkan walaupun tak capai target lagi sebenarnya. Target nak turun dalam 30 kilo lebih camtu sebab nak capai BMI normal.

BMI asal 37.8 memang terkejut sebab termasuk dalam kategori Extremely Obese. sadis betul. Sekarang 33.2 masih Obese. takpe, kita kurangkan pelan-pelan sampailah masuk kategori Normal. inshaAllah boleh dengan usaha dan tawakal.


my BMI:

  • 27.04.2017 - 37.8 (Extremely Obese)
  • 15.06.2017 - 33.2 (Obese)


Kalau nak BMI normal, berat kena 64 kilo camtu. yeah, saya boleh lakukan!

Thursday, 1 June 2017

Kisah Etot

okay, lebih kurang 2 minggu lepas, Sabtu petang. masa nak bagi makan kat Etot, (Etot ni kucing paling bongsu) perasan ada luka kat leher belah kanan. berlubang. agak dalam juga dalam 1 inci macam tu kot. dan juga ada sedikit nanah. okay, dalam hati terus kata "esok pagi-pagi hati kena pergi vet". kalau nak pergi vet, memang kena kurung dalam sangkar kucing lah jawabnya. senang bila nak pergi vet tak payah nak kena tunggu etot balik rumah. yelah, kucing suka merayap entah kemana. buas sangat. tu yang boleh luka.

keesokkan pagi, bawah pergi vet yang biasa pergi tapi tak boleh sebab katanya kehabisan ubat bius. mungkin nak bedah buang luka tapi tak tengok pun luka kat kucing terus kata tak boleh. lepas tu pergilah vet lain yang jauh sikit. katanya tak perlu bedah kalau sanggup nak jaga kucing. konklusinya, 3 kali cucuk dan bagi ubat sapu dengan ubat cecair untuk matikan ulat. ye, luka tu dah ada ulat walaupun baru satu hari. jadi, kalau kena macam ni korang kena bawa pergi vet cepat-cepat.

sekarang Etot yang nak baik. luka dah kering dan dah tumbuh isi. sikit lagi bertutup lah lubang luka tu. Alhamdulillah.

Thursday, 25 May 2017

#MyAtkinsDiary1

okay, post sebelum  ni ada mention yang saya start atkin diet. dan makna sudah hampir sebulan saya amalkan atkins diet. :)

hanya 20 carb sehari

macam tak percaya diri sendiri sebab berjaya tak makan nasi hampir sebulan.Yeah! termasuk jugalah mee, roti dan makanan yang sewaktu dengannya. memang elakkan. Air manis pun lansung tak minum. hanya minum air kosong. walaupun selalu juga terliur bila mak beli susu coklat. arhhh.. tahan jelah.

setakat ni berat memang turun, dalam 7 kilo juga turun dalam 2 minggu pertama. tapi 2 minggu kedua, berat susah betul nak turun. kalau turun pun tak sampai sekilo. berat maintain je naik sikit turun sikit. berharap sangat angka depan turun satu. lagi sekilo je.

ini maknanya kena tambah usaha lagi. banyakkan exercise. sebab sebelum memang tak exercise pun. cuma jaga makan. 2 3 hari baru start exercise buat simple aerobik dalam 35-45 minit sehari. tapi, lagi 2 hari dah start puasa. lagilah rasa malas nak exercise. dilema betul. kalau nak exercise pun kena buat waktu malam la kot. ermm.. tengok lah dulu. kalau tak pun sambung exercise lepas raya la jawabnya.

Saturday, 29 April 2017

2 perkara

okay, sejak dulu lagi berazam nak kurus tapi tak pernah tercapai. asyik tertangguh je

jadi, kali ini tekad nak buat dengan bersungguh.

atkin diet

tahan diri dari makan nasi, roti, mee dan makanan yang sewaktu dengannya. makan ayam, ikan dan sayuran je. dan juga tak boleh minum air manis. alhamdulilah setakat ini berjaya ikut walaupun awal-awal ada juga terkecundang minum air manis dan makan roti.

selain itu, kali nak mak tekad untuk amalkan jadual makan mengikut waktu yang disarankan. mak siap print jadual dan tampal di dapur lagi. tak boleh makan selagi tak masuk waktu. hanya boleh minum air kosong je. adalah dalam 3 kali terlepas breakfast sebab sambung tidur. haha.. minum air jelah sementara tunggu waktu seterusnya.

tapi bagus gak sebenarnya, melatih dir upaya lebih displin sikit. haha

98. harap dalam turun ke angka 6_
inshaallah.. aminn

Monday, 13 March 2017

Bubur Nasi with Cendawan

ini first saya buat bubur nasi yang ada isi. maksudnya, bukan hanya nasi semata-mata. kali pertama buat.. alhamdulillah, menjadi bubur nasi dan boleh makan. Yeah!


Bahannya
  • nasi/ beras - 1 cup atau lebih. bergantung nak masak untuk berapa orang
  • air secukupnya
  • carrot - dipotong dadu kecil2
  • sosej ayam/ isi ayam - dipotong dadu kecil2
  • cendawan - dipotong 
  • garam secukupnya
  • sedikit kiub ayam *optional

Caranya
  • masak beras. lebihkan air. tambah air jika perlu. kalau guna beras, memang ambil masa sikit untuk masak. disebabkan saya nak cepat (laparrr), guna nasi yang dah masak. bila nasi dah sebati dengan air(chewah) dan lembut, blend kan nasi untuk hasil yang halus. kalau suka bubur nasi yang ada rupa nasi berbutir, tak perlu blend.
nasi yang sedang mengelegakkk
saya yang macam ini tapi jenama lain lah.
  guna yang ni senang, just letak dalam periuk dan blendkan 

  • sementara tunggu nasi lembut, meh la kita sediakan bahan-bahan lain. potong carrot, sosej/ayam, cendawan (dan mana bahan lain yang berkenan) mengikut saiz yang berseuaian. selepas tu basuh bersih.
  • masukkan bahan kat atas ke dalam nasi. masukkan garam, kiub ayam secukup rasa.
antara bahannya..

  • okay, selepas semua bahan dah sebati (dah berkawan baik sesama bahan. huhu) bolehlah dihidangkan.

tadaa.. dah siap dah

dah boleh suap masuk dalam mulut dan turun ke perut.

Thursday, 9 March 2017

Sushi / Kimbap *new update resepi with picture

okay.. kali ini saya nak share resepi sushi/kimbap yang senang beserta tips. sebelum ni dah pernah share kat sini masa mula-mula buat. tapi, kali ini nak share yang up to date dari sebelum ini. rupa pun nampak lagi kemas daripada sebelum ini yang entah macam apa.. hahaha

saya guna resepi ni untuk saya sorang makan. nyelah, masa ni sorang je kat rumah. sayamasak 1 cawan beras dan dapat dalam 3 roll. untuk buat banyak boleh gandakan bahan. lebih tak ape asalkan jangan kurang. mana-mana bahan yang lebih boleh makan camtu je.

bahan-bahannya

  • 1 cawan beras (beras utk sushi)
  • 2 batang isi ketam
  • 1 batang sosej ayam
  • sedikit timun jepun - dipotong memanjang
  • sedikit carrot - dipotong memanjang
  • sedikit minyak bijan
  • 3 keping seaweed / rumpai laut

caranya

  • Masak beras ikut instruction kat packaging. kalau guna beras biasa, kena lebih kan air. masuk kan sedikit garam supaya nanti tak terlalu tawar.
  • Sediakan bahan lain. pukul telur dan goreng. kemudian potong memanjang.
  • Rebus isi ketam dan sosej. potong carrot dan timun secara memanjang

    sediakan bahan-bahan dulu. nanti senang masa nak buat sebab semua dah tersedia.
  • jom kita mulakan. bentangkan tikar buluh dan alaskan dengan plastik. plastik ini untuk elakkan nasi terlekat pada tikar buluh dan memudahkan kerja. paling penting, tikar buluh sentiasa bersih.
  • letak seaweed dan sapukan dengan minyak bijan. minyak bijan ni dapat melembutkan seaweed ini. lagi-lagi bila guna seaweed yang keras ni, kalau tak nanti masa nak gulung, seaweed akan patah. kan tak menjadi lah sushi pula nya.
alaskan plastik diatas tikar buluh

sapu minyak bijan

  • letak nasi dan ratakan sehingga separuh bahagian sahaja. jangan terlalu tebal atau nipis je. kalau nipis sangat, nanti tak lawalah.
  • kemudian ,boleh lah letakkan isi yang nak diletak seperti isi ketam, sosej, telur, timun jepun dan carrot. susun elok-elok tau.


letak nasi

letak isi dan susun elok tau

  • lepas dah letak isi, boleh la gulung guna tikar buluh tu. mula-mula buat, memang la rasa kekok sikit, tapi percaya, practices make perfect dan lama-lama korang akan rasa, alah senang je rupanya.

tadaa.. dah siap 3 gulung

  • untuk potong senangnya sebenarnya, korang kena guna pisau yang betul-betul tajam. kalau tumpul, kasi asah sulu. kalau lepas potong ada nasi yang terlekat pada pisau, juga lupa lap dulu tau sebelum sambung potong. kalau tak, potongan tak kemas.

dan boleh dipotong.

close up sikit.

  • dah siap potong, boleh susun comel-comel atas pinggan. baru semangat sikit nak makan. 

siap dipotong dan susun elok-elok atas pinggan

close up sikit. get ready untuk masukkan dalam mulut dan turun ke perut.
siapa yang nak cuba buat, selamat mencuba ya.