Sunday, 25 February 2018

home sweet home

akhirnya, setelah hampir dua bulan bermaustatin di negeri orang, baru berkesempatan untuk pulang ke negeri sendiri. itupun last minute plan untuk balik walaupun hanya 2 hari tanpa apply extra cuti. hanya cuti hujung minggu je. 2 hari, memang sekejap je sebab 12 jam sahaja perjalanan pergi dan balik.

hari khamis tertiba terdetik nak untuk browse online bus ticket website. lepas tu asyik terfikir je macam nak balik.tapi, macam berbelah bagi lagi sama nak balik ke tak. pagi jumaat masih tergiang-giang dalam fikiran. tengah hari buat keputusan untuk beli tiket, sebab nanti takut tak lena tidur hujung minggu dan menyesal tak ambil peluang untuk balik.

sanggup buat online account bank satu lagi sebab nak beli tiket online punya pasal. sampai tertypo phone number semasa daftar. lepas tu kena betulkan dulu. datang cuak sebab seat yang nak beli tu macam dah available. rupanya, sebab transaction terputus tengah jalan sebelum ni (sebab takada online account lagi untuk bank yang dipilih semasa untuk bayaran tiket)menyebabkan seat tu diholdkan dulu. lepas setengah jam baru available semula. then, laju-laju beli tiket sekali lagi takut terlepas.

dugaan seterusnya, masa nak gerak ke terminal, hujan pula, lebat selebatnya. alhamdulillah sebab bila sampa di terminal bas, hujan dah renyai. kelakar pula bila teringat balik. punyalah kelam kabut. yelah, last minute plan. tengah hari buat keputusan nak balik, tengah hari juga beli tiket untuk malam hari yang sama. memang betul-betul rushing sebab balik kerja, jam tujuh lebih baru sampai rumah. mujur beli tiket untuk 10 malam, adalh sedikit masa nak mandi dan kemas apa yang patut. tak perlu kemas banyak-banyak pun sebenarnya sebab hanya bawa balik laptop je dengan berus gigi dan pencuci muka je.

apa-apapun, walaupun hanya dua hari, tetap rasa berbaloi balik sebab entah bila pula ada peluang nak balik. mungkin raya ni kot. ermm

Sunday, 4 February 2018

Diet kelaut?

okay, tahun lepas saya ada diet atkin. tak makan nasi dan hanya makan protein, sayur dan lain-lain yang sewaktu dengannya. memang langsung tak ambik carbo dan air manis 3 bulan pertama. Dan hasilnya, berat turun sebanyak 12 kg.

tapi lepas raya tahun, dah tak diet betul-betul macam 3 bulan pertama. 2-3 bulan lepas raya start makan nasi dalam kuantiti sikit. sebelum diet memang nasi penuh pinggan. lepas diet, makan separuh dah rasa kenyang. tapi, berat still maintain. tak naik, tak turun. okay, kadang-kadang ada naik juga tapi lepas tu mesti turun balik.

lepas start kerja kat selangor, rasa macam berat ni start naik je. rasalah sebab kat sini tak ada penimbang. walapun kat sini selalu makan nasi tengah hari dan malam hanya makan ringan-ringan macam biskut. rasa macam berat naik sebab selalu makan tengah hari dalam kuantiti yang agak banyak juga dalam satu pinggan tu.

antara sebab utamanya, pingan kat kafe tu besar, lepas tak dapat agak kuantiti nasi tu masa orang kafe tu letak. dari jauh nampak macam sikit, tapi rupanya, banyak. dan diri sendiri sejenis manusia yang akan sentiasa habiskan makanan dalam pinggan. walapun rasa macam dah nak kenyang, mindset tetap kena habiskan juga. jarang sangat tak dapat habiskan makanan. kalau tak habis, mungkin takde selera atau makanan tu memang tak sedap langsung sehingga perut takboleh nak terima makanan tu. ayat kat atas ni macam nak salahkan pinggan, padahal salah diri sendiri.

kesimpulannya, harap-harap berat tak naik lah dan kat atas ni hanya perasaan je kot yang merasakan macam berat naik.

Tuesday, 30 January 2018

Hi Januari

kemain lagi hi januari, padahal harini dah 30 januari. dah sampai penghujung january baru nak hi bagai. haha

almaklumlah, sedikit sibuk dengan hidup baru ni. sebelum ini menganggur kat rumah sambil baking biskut coklat cip untuk dijual. baking ni tak adalah terlalu sibuk, mungkin agak sibuk juga bila order banyak, tapi still ada masa untuk relak relak lepas dah siap baking. kalau kerja, sibuk letih lain sikit dari biasa. walaupun letih setara mana pun, memang kena hadap je sebab still lagi kena kerja untuk hari esok dan seterusnya. memang tak boleh nak lari kan.

alhamdulillah, setakat ni nak dekat sebulan kerja. (masih dalam tempoh percubaan, semoga dapat kerja tetap). kalau tanya, seronok tak kerja. ermm, lumrah hidup mana-mana kerja ada dugaan dan cubaan. kerja ni memang dah jatuh jadi tanggungjawab. macam mana nak sara hidup kalau tak kerja. takkan nak mengharapkan mak ayah je. kan dah besar, kena lah usaha sendiri juga kan. selama duk mengganggur kan rumah tu, memang ada rasa bersalah jugalah sebab terlalu lama duk rumah. lepastu campur dengan tekanan sebab tak dapat kerja lagi. ada rasa malu juga dengan kawan-kawan yang dah dapat kerja. kalau dalam group, memang takkan sentuh topik kerja. jadi rendah diri tertiba, keyakinan diri menjunam jatuh.

bukan tak cari kerja, banyak je apply sana sini. mak kita macam tak nak lepas pergi kerja luar dari negeri. sebab tu tak banyak apply kl, selangor dan banyak apply kerja kat kawasan rumah, tapi semua kerja di luar bidang. sebab tu tak ada rezeki kot. bidang kita memang kurang kerja dekat kawasan rumah. banyak di area yang jauh dari rumah terutama kl selangor. lama-lama mak macam terpaksa pasrah. cuba minta lagi kat area selangor dan alhamdulillah dapat iv dan terima tawaran kerja sekarang.

tu pun mak macam tak percaya/nak lepaskan kita kerja jauh walaupun sebelum ini memang internship di kawasan selangor. yelah, kalau intern, memang sah-sah lah lepas habis akan balik rumah juga. bila dah kerja, memang akan bermaustatin di tempat baru lah jawabnya. sebab tu lah kot mak berat hati nak lepas sebab mak sebolehnya nak anak-anak duduk dekat. tapi mak, nak buat macam mana, dah terpaksa. kalau boleh, saya pun nak duduk dengan mak juga. alangkan best kalau kat area rumah banyak kerja yang berkaitan dengan bidang.

ermm, terpanjang lah pulak coretan harini. okay, bye!

Sunday, 31 December 2017

Kuih Cara Berlauk

kuih cara berlauk will be always my favourite kuih. Kalu jumpa memang akan selalu beli. lagi-lagi bila bulan puasa, memang akan teringin nak makan kuih cara. tapi, takkan nak pandai makan je kan, kalau nama pun kuih yang kita suka, mestilah kena pandai buat juga kan..

sebenarnya, beberapa tahun yang lepas pernah cuba buat tapi hasilnya tak berapa tip top sangat. mungkin sebab pakai sarang kuih bahulu mini kot. tetiba je salahkan sarang. haha. tapi memang betul pun sebab susah nak keluarkan dan asyik melekat aje. bila beli sarang baru yang memang untuk kuih cara, tak adalah melekat pula. saya ni beli sarang kuih cara pun dah cukup bahagia. hehe

gigih cari beberapa resepi baru untuk dicuba. dan hasilnya memang tip top. bagi citarasa saya lah. dan resepi ini saya ada ubat ratio tepung dan air sebab resepi asal adunan terlalu cairbagi saya. kalau nak buat kuih cara berlauk, boleh lah cuba resepi mudah dibawah ini okay.


tadaa~ Kuih Cara Berlauk sedia untuk dingap!

close-up


Kuih Cara Berlauk

Bahan untuk adunan tepung:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air
  • 2 sudu minyak
  • 1 biji telur
  • 2 tsp garam / secukup rasa
  • sedikit pewarna kuning

Caranya:
  1. Adun semua bahan sehingga sebati. Boleh guna blender atau kacau guna whisk.




Bahan untuk lauk dan hiasan:
  • 200 gram daging cincang
  • 1-2 labu bawang besar - dicincang atau kisar
  • 1-2 ulas bawang putih - dicincang atau kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari - dibancuh dengan sedikit air
  • garam secukup rasa.
  • Daun sup - dicincang
  • Lada - dihiris halus

Caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang. 
  2. kemudian masukkan bancuhan serbuk kari. Tambah setengah cawan air dan daging cincang yang telah dimasak terlebih dahulu.
  3. Masak dengan api sederhana sehingga cecair kering.


Tips:
  1. Bancuh aduanan dalam jug supaya senang nak tuang kedalam lubang sarang kuih cara.
  2. oleskan sedikit minyak pada lubang sarang sebelum dimasukkan aduanan. kemudian letakkan daging, lada dan daun bawah.
  3. Guna api sederhana kecil ya
  4. Jangan usik adunan sehingga ia betul-betul masaknya supaya ia tak melekat dan senang untuk keluarkan.

Selamat mencuba ya! untuk resipi ini boleh dalam dalam 40-50 biji macam tu bergantung saiz lubang sarang kuih cara.




Saturday, 30 December 2017

New Chapter



Fuh, lama betul tak menulis disini. Hampir 5 bulan dan tahun 2017 hanya berbaki sehari sahaja lagi. Lama tak menulis kerana jarang singgah disini. sedikit sibuk dengan dunia penggangguran dan juga sibuk mengabiskan masa dengan membakar biskut coklat cip untuk dijual secara sambilan dan serta menguruskan hal-hal lain.

Bila tiba 1 Januari 2018, maka bermula bab baru dalam hidup saya. Bab dimana saya akan memulakan alam pekerjaan yang sebenar setelah menganggur selama sepuluh bulan. Mungkin alam yang penuh cabaran. ermm.. kita tengok nanti dan harap-harap ia dapat saya hadapi dengan cekal. ia juga alam dimana saya perlu berdiri dengan kaki sendiri seratus peratus. kata lainnya, berdikari tanpa bantuan keluarga. erm, mungkin masih perlukan sedikit bantuan lagi sebenarnya. :)
okay, good luck to myself!

Sunday, 23 July 2017

Chocolate Chip Cookies

Seperti yang dijanji dalam entri-entri yang lepas, maka entri kali ini saya akan share resepi rahsia saya. rahsia la sangat.haha.. dah lama saya guna resepi ini. resepi asal dari internet tapi saya ada ubah sikit resepi ini. dan saya mesti buat cookies ni untuk raya. memang wajib buat setiap tahun. 2 kali raya, ada yang minta resepi dari saya. terharu~~ wuu~ kata mereka cookies ni sedap. itu memang semestinya. hehe

recycle gambar entri lepas. :)
Resepi Biskut Coklat Cip 

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan Tepung Gandum**
  • 1 Tsp Baking Powder**
  • 1 Tsp Soda Bikarbonat**
  • 1 Tsp Serbuk Koko**
  • 250 gram Mentega/ Buttercup
  • 1 1/2 cawan Gula Perang
  • 1 biji Telur
  • 1 Tsp Esen Vanilla
  • 1 1/2 - 2 cawan coklat cip (ikut citarasa)


Cara-cara:

  1. Ayak bahan yang bertanda ** (Tepung, B. Powder, S. Bikarbonat, S. Koko) dan gaul rata. Ketepikan.
  2. (Adunan B)Pukul mentega dan gula perang menggunakan mixer. Kemudian masukkan telur serta esen vanilla. Jangan pukul terlalu lama. 
  3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan B sikit demi sedikit. Kemudian masukkan coklat cip dan gaul rata mengunakan senduk. 
  4. Adunan sudah siap. Simpan dalam peti sejuk seketika. Hanya keluarkan bila nak membakar sahaja.
  5. Sudukan (guna sudu kecil) sedikit doh pada loyang. jarakkan sedikit ruang antara doh. 
  6. Bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180 celcius.
Boleh rujuk gambar dibawah.


Tiga yang utama. 1) Adunan Basah 2) Bahan kering yang diayak 3) Coklat cip

Bahan yang diayak dan adunan basah dalam bekas yang berlain 

Ketiga-tiga perkara yang telah digabungkan

Dengan recipe inilah saya buat bisnes part-time kecilan saya. lepas ni nak jual roti sosej/pizza pula. dah test jual minggu lepas.. lepas ni kena konsisten buat setiap minggu. semoga saya rajin nak menguli roti.

Thursday, 20 July 2017

My Part-time job

Okay.. Sementara tunggu untuk dapatkan kerja tetap, kita buat part-time business dulu. Dari dulu memang adalah bercita-cita (antara impian kecil kita laa) nak berbusiness walaupun memang zero ilmu perniagaan ni. takpe, belajar sikit-sikit dan kumpul pengalaman. tak mustahil dari zero boleh jadi hero. yang penting kita kena kental dan tak mudah putus asa, ye dok?

Masa kat U dulu pernah jugalah jual something. Jual kerepek sebenarnya. tapi tak bertahan lama pun sebab masa tu tinggal kat asrama luar dimana student tak ramai pun. kiranya tak mendapat sambutan mana la. lagi-lagi tak ada alat yang betul untuk seal plastik kerepek. guna seterika je. haha.. gigih betul. sekarang dah ada. beli kat Lazada. haritu beli je walaupun tak jual kerepek dah sebab manalah tahu ada kegunaaan masa hadapan. tup tap memang berguna pun. lepas tu, ada juga join gerai jualan festival fakulti dengan kawan-kawan. masa tu tinggal kat rumah sewa, jadi boleh masak murtabak maggi kat rumah sewa siap-siap kemudian jual je. laku jugalah murtabak maggi kami tu. sekejap je habis lepas kena serbu oleh junior kesayangan.

Chocolate Chip Cookies. RM 15 / 50 Pieces
Panjang betul intro, padahal tak masuk pun lagi main topic. sebenarnya saya jual Chocolate Chip Cookies atau nama melayunya adalah biskut coklat cip. masa bulan puasa haritu ada jual 2 balang biskut ni kat kawan kakak sebab dia ada makan yang kakak bawak kat hostel sebelum puasa dan dia tanya buat untuk jual tak. tapi ini bukan sebab yang utama tercetusnya business part-time saya ini. jeng jeng..

alkisah bermula pada hari jamuan hari raya di sekolah mak dan mak bawa biskut coklat cip sebagai hidangan sampingan. lepas tu ada dua orang cikgu yang pregnant nak order biskut. jadi bermula lah kisahku sebagai penjual biskut coklat cip. selepas tu, ramai juga cikgu-cikgu yang lain order dan ada juga yang repeat order. rasa ramai yang beli sebab saya jual murah jugalah berbanding yang lain. tapi still ada untung. RM 15 untuk 50 biji biskut dan saya ada letak lebih juga dalam satu balang tu.

alhamdulillah sebab dapat peluang untuk menjana duit sementara duduk rumah. setakat ni dah terjual sebanyak 53 balang dah. tak sangka dapat jual sebanyak ni. tak sangka juga saya dah baking lebih kurang 3000 biji biskut. sebenarnya baru je kira. sungguh membanggakan (cakap kat diri sendiri). untuk ahad ni, ada lagi yang order.

14 balang dalam satu hari. Baking dari pagi sampai malam.
saya harap business kecilan saya ini sentiasa dimurahkan rezeki. amin. dan dalam masa terdekat, saya akan cuba kongsikan resepi yang saya guna. dah lama resepi ini biskut coklat cip ini yang sememang akan saya buat setiap kali raya. (dah 5 tahun lebih kot)