Sunday 16 February 2014

senyum :)


senyum. kenapa kena senyum? yelah sebab sesetengah orang ni, saya tengok macam susah je nak senyum. macam ada jongkong emas je dalam mulut tu. 

masa saya nak tulis entry ni, saya duduk lepak kat kafe. kawan-kawan pun ada sekali. jadi saya tanyalah diorang satu soalan cepumas. 

"kenapa perlu senyum?"

antara respon yang saya dapat
"senyum tu sedekah"
"senyum tu semula jadi" 
"ala.. tapi tak semua macam tu"
"ada je muka yang tak senyum."

kalu korang pernah duduk hostel, mesti korang pernah mengalami situasi ni.

masa ulang alik antara bilik dan tandas, mesti korang akan terserempak dengan ramai orang yang sama aras kan. tapi, dalam ramai-ramai tu, mesti ada 2 3 orang yang susah nak senyum. walaupun kita senyum kat dia, dia takbalas balik pun senyum tu. 2 3 kali kita senyum tak dibalas ok lagi. tapi kalau setiap kali senyum langsung tak de balasan lama lama menyampah juga rasa. ermm..

nasihat saya, senyumlah. sebab perkara tu mudah. senyum itu sedekah.  :)



sini ada sedikit fakta tentang senyum. :)


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


kalau nak baca lagi fakta tentang senyum. sila klik sini.  :)


No comments:

Post a Comment