Wednesday 12 February 2014

Tembila : Matahari Terbit



kampus tembila [7.33 am] picture by me

suatu hari, study week.
pagi tu, saya dengan kawan pergi jogging. sebenarnya tak jogging mana pun. berjalan lagi banyak dari jogging. masa ni takde orang lain pun yang jogging. hanya kami je. mungkin yang lain sedang nyenyak tidur lagi gamaknya. ermm.. dihempap selimut tu yang susah nak bangun. tapi bestlah jogging pagi pagi sebab tak ramai orang. udara pun sejuk dan nyaman je. kalu petang terlalu ramai orang dan jadi tak selesa pula. ermmm.. sebab terasa orang tengok kita. bajet femes. cehhh.. ada fakta pasal jogging ni, ini kali kedua jogging sejak berada di tembila ni. haha. nampak tak bertapa malasnya diri ini. tu yang berat tak turun-turun dan badan cam bertambah berisi sikit. haritupun mak sedara ada cakap yang masa duduk kat tembila ini aku tembam skit (rasa macam banyak je.. ) berbanding masa kat matrik dulu. dalam hati.. ermm.. memang betul la tu.

kalu kat tembila, bas ada disediakan. jadi tak berjalan manalah. sebab kalu nak jalan kaki antara asrama dengan fakulti memang jenuhlah. muka pasti akan jadi hitam lengam. sebab je.. hanya satu jalan yang panjang yang menghubungkan fakulti dengan asrama. kalu berjalan kali ambil masa 20 -30 minit kot. dahlah takde walkway yang berbumbung lagi. memang betul cabaranlah. tapi kalau nak jalan lepas kelas petang kul 5 lebih gitu bolehlah lagi sebab dah mendung sikit dengan angin sempoi-sempoi bahasa lagi.. sambil sambil tu bolehlah menikmati pemandangan sekeliling kan.. tapi kalau tengah hari masa sang suria terik memancar sinarannya camne? pengsan makk..

masa dulu kat matrik lain dengan sekarang kat tembila ni. kat matrik dulu, kawasannya setempat. jadi memang kena berjalan kaki kalu nak pergi kemana mana. tapi dulu pun memang aku rajin berjalan. pergi library, koop, surau. masa kat matrik dulu pun aku aktif juga la. ada masuk kelab seni mempertahankan diri. pergi latihan yang setiap minggu tu memang exersize laa buat aku. lagi lagi bila masuk persembahan malam kebudayaan. practice pun bertambah hari. exersize tu memang bertambah berkali kali gandalah. mula mula aku masuk kelab ni pun sebab kawan aku yang ajak (pujuk suruh masuk, aku ermm terima jelaaa..). tapi aku memang berterima kasihlah kat kawan aku tu sebab ajak aku masuk sebab banyak benda yang aku dapat bila masuk kelab ni. pengalaman, kawan baru, erti cabaran kehidupan. melalui kelab ni juga aku ada join satu trip ke bukit jugra. (nanti aku cerita panjang2 kat entry lain. ni post dah banyak aku melencong. haha ) tapi bukit jugra memang bestlah.. sebenarnya kan, aku nak sangat naik bukit bauk kat belakang rumah aku tu tapi bukit lain pula yang dapat aku panjat dulu.. ermm.. hajat tak kesampaian lagi. bilalah nak tercapai.



No comments:

Post a Comment