Wednesday, 29 April 2020

2020

2020. tahun yang penuh dengan kejutan. yeap. so many things happen in 2020.

saya ada 5 wishlist untuk tahun 2020.

Already fulfilled one from the list. Alhamdullillah, dapat pergi menunaikan umrah February lepas. Sempat masuk ke Madinah dan Mekah sebelum Arab Saudi laksanakan sekatan masuk.

But sadly, one on them, cannot be fulfil since i already cancel it. Yes, me and my friend plan a trip to Korea on this upcoming October. We plan this last year before Covid-19. Already bought a flight ticket. But, based on current news on Covid 19, we assume that it will may not be getting better in short period of time. So, to be on the safe side, on early March (or late Feb cant remember the exact date), before PKP start, we decide to cancel the trip. We request a refund and already got our money back. Trip can be cancel, because the priority is our safety and we don't want take a risk.

And since PKP is implemented in Malaysia, i was working from home since Day 1. And until today i  got out for groceries two times only. So basically, i dalam rumah sepanjang masa dan kat rumah sewa, tak ada meja yang proper. Cuma ada meja lipat kecik dan kena duduk bersila. Bila dah hari-hari buat kerja macam ni, kadang-kadang memang ada rasa sakit belakang. Masa PKP Fasa 2, ada usha meja dan kerusi, dah add to cart cuma tinggal nak check out. but, saya tak proceed pun untuk beli haritu sebab saya ni sejenis yang akan fikir banyak kali kalau nak buat big purchase macam ni.

So, after cancel tak jadi beli, selalu juga lah terfikir macam nak beli juga meja dan kerusi utk buat macam home office. HAHA. tapi yg sedihnya meja yg nak dibeli tu dah sold out. but, sedih tu sekejap je sebab sekarang dah boleh beli dari website IKEA terus. yes, IKEA dah boleh buat penghantaran masa PKP ni.

Lepas 2 hari survey kat website IKEA, saya decide untuk beli meja dan drawer sekali. semua warna hitam untuk match kan rak buku yang sedia berwarna gelap. Actually sebabnya dah plan susunan meja, drawer and book shelf untuk buat home office space ni. Kononnya lah home office sebab bilik pun bukan la besar masa. Ni bila dah bawah masuk meja, confirm nampak sempit sikit. but its okay, mana barang-barang yang jarang guna boleh letak masukkan dalam kotak dah letak bawah meja.  hihihi. excited-nya rasa walapun barang belum sampai pun lagi.

Sebenarnya, sebab utama saya proceed untuk beli ni sebab nak bagi rewards ka diri sendiri. Yelah, asyik duk terperuk dalam rumah and buat kerja je manjang. Dah macam apa je tengok. So, i need something yang boleh motivate kan diri sendiri supaya lebih produktif and happy. yelah, kan saya jauh dari family, sepatutnya, setiap bulan saya akan balik kampung.


Drawer (HELMER)

Desk (LINNMON / ADILS)

this is the to-be desk arrangement.




hiks. i will update again once i am done with home office setup and decorations. adios.

Friday, 12 October 2018

Begin Again #diet

Tahun lepas pernah diet atkin dan turun lebih kurang 15 kg. Tapi sayang tak sempat sampai target untuk dapat bmi normal sebab berhenti lepas raya.

So tahun ni, azam baru untuk start balik diet. 1 oktober 2018, hari pertama untuk mulakan balik diet. Harap diri ini kuat untuk teruskan perjuangan ini.

Sebab bila dah start kerja, macam susah sikit nak jaga makan dengan strict. Mesti akan ada makanan yang berminyak atau bergoreng. Tapi setakat ni memang tak makan nasi dan mee, senang kata kaborhidrat memamg sedaya upaya tolak. Air manis, semestinya tak ada dalam kamus diet dan banyakkan minum air kosong.

Setakat dah seminggu lebih, baru je turun sekilo lebih. Rasa macam diet kali macam susah sikit turun. Tapi tak apa, kita usaha lagi.  Harap lebih istiqamah berdiet dan dapat hasil yang diidamkan. Amin

Sunday, 29 April 2018

positif?

buang yang negatif

nampak macam semua beransur menjadi semakin baik. harapan agak ia menjadi semakin baik dan kekal positif.

dan aku pun cuba untuk buang semua fikiran negatif yang berlegar-legar dalam fikiran sebelum ini  dan hanya ambil yang positif saja.

Saturday, 31 March 2018

Catatan Mac


sejak start kerja, rasa masa hidup tak life je. maksud aku, life aku tak sama dengan sebelum ni. life sekarang macam suram je. hari-hari with same routine. repeat benda yang sama setiap hari. setiap weekday, pagi-pagi mesti kena keluar rumah dalam 7.15 macam tu sebab kalau selewat 10-15 minit, bertambahlah masa duduk dalam kereta mengadap jem. waktu balik pun sama tapi taklah seteruk waktu pergi. waktu pergi ambil masa around sejam lebih dari rumah ke tempat kerja, waktu balik lebih kurang sejam. setiap purata 2 jam lebih perjalanan dalm kereta. 

sebenarnya, kalau ikutkan, jalan kaki je ke office asalnya, tapi disebabkan aku ditempatkan kat client office, kenalah drive jauh ke client office yang company aku jadi vendor kat situ. aku tak kisah pun nak kena drive tapi penatlah juga kalau hari-hari jem. kalau tak jem, nikmat je masa drive. setengah jam dah boleh sampai. tapi jangan haraplah, paling kurang pergi balik 2 jam, kalau bertuah 3 jam pun pernah.

weekend pun sama je setiap minggu. hujung minggu memang selalu terperuk kat rumah sewa. ada jep plan nak keluar pergi sana situ, tapi bila tiba hujung minggu macam takda mood nak keluar.haritu pernah plan nak keluar dengan kawan, tapi last minute kawan aku cancel sebab ada hal. lepas tu aku malas lah buat plan lain takut cancel last minute lagi. macam hari ini, sepatutnya nak keluar makan tengah hari tadi, tapi sampai ke petang tak keluar lagi. harap esok keluar lah sebab ada nak kena setel something. reload touch n go dan ambil duit untuk belanja bulan april. 

satu lagi, kerja sekarang memang bidang aku. tapi bila aku pergi kerja, aku rasa tak ada rasa seronok macam apa yang aku harapkan sebelum ni. bila tak rasa seronok kat tempat kerja, rasa hari-hari macam terpaksa je pergi kerja. bukan aku nak pun jadi macam ni. sebab hal ni aku ada pernah terfikir untuk berhenti tapi takkan lah aku nak berhenti sebab sekarang bukan senang nak cari kerja. haritu borak dengan kawan sekerja yang masuk sekali, dia pun kata dia mungkin nak berhenti lepas habis prohibition. please jangan.. kalau tinggal aku sorang je budak baru dan nanti macam aku dah takde kawan kat tempat kerja yang boleh aku borak dengan selesa tanpa kekok dan share atau tanya pendapat kalau ada problem apa pasal kerja. 

kerja yang aku kena buat adalah benda yang baru untuk aku. aku memang cuba untuk belajar tapi persekitaran kerja yang membuatkan benda ni macam terhad. sekali lagi aku ulang, aku pun bukan nak semua ni jadi. aku tak harap pun benda ni jadi kat aku. aku harap aku boleh hadap benda ni semua. tapi nak buat macam, bukan setiap hari aku kuat. ada hari aku tewas gak, rasa mcam tak dah tak boleh nak hadap lagi. dah dua kali dah aku rasa down sangat sampai aku pernah nangis. dua kali. sekarang pun rasa macam sebak bila ingat balik. sepanjang aku hidup, tahun 2018 ni aku rasa macam teruk sangat. lagi teruk dari apa yang aku rasa masa buat fyp. sekarang kalau rasa down, aku mampu pendam je. tak tahu nak luah kat sebab aku tak pandai nak buat sesi luahan apa yang terpendam dekat orang lain. aku jenis tak selesa nak cerita benda2 macam ni kat orang. aku rasa aku macam forever alone je dengan gaya hidup aku sejak kerja ni. patut ke aku berhenti dan cari kerja lain? mungkin aku patut bila aku memang betul2 dah tak boleh nak teruskan lagi kerja sekarang. 

Sunday, 25 February 2018

home sweet home

akhirnya, setelah hampir dua bulan bermaustatin di negeri orang, baru berkesempatan untuk pulang ke negeri sendiri. itupun last minute plan untuk balik walaupun hanya 2 hari tanpa apply extra cuti. hanya cuti hujung minggu je. 2 hari, memang sekejap je sebab 12 jam sahaja perjalanan pergi dan balik.

hari khamis tertiba terdetik nak untuk browse online bus ticket website. lepas tu asyik terfikir je macam nak balik.tapi, macam berbelah bagi lagi sama nak balik ke tak. pagi jumaat masih tergiang-giang dalam fikiran. tengah hari buat keputusan untuk beli tiket, sebab nanti takut tak lena tidur hujung minggu dan menyesal tak ambil peluang untuk balik.

sanggup buat online account bank satu lagi sebab nak beli tiket online punya pasal. sampai tertypo phone number semasa daftar. lepas tu kena betulkan dulu. datang cuak sebab seat yang nak beli tu macam dah available. rupanya, sebab transaction terputus tengah jalan sebelum ni (sebab takada online account lagi untuk bank yang dipilih semasa untuk bayaran tiket)menyebabkan seat tu diholdkan dulu. lepas setengah jam baru available semula. then, laju-laju beli tiket sekali lagi takut terlepas.

dugaan seterusnya, masa nak gerak ke terminal, hujan pula, lebat selebatnya. alhamdulillah sebab bila sampa di terminal bas, hujan dah renyai. kelakar pula bila teringat balik. punyalah kelam kabut. yelah, last minute plan. tengah hari buat keputusan nak balik, tengah hari juga beli tiket untuk malam hari yang sama. memang betul-betul rushing sebab balik kerja, jam tujuh lebih baru sampai rumah. mujur beli tiket untuk 10 malam, adalh sedikit masa nak mandi dan kemas apa yang patut. tak perlu kemas banyak-banyak pun sebenarnya sebab hanya bawa balik laptop je dengan berus gigi dan pencuci muka je.

apa-apapun, walaupun hanya dua hari, tetap rasa berbaloi balik sebab entah bila pula ada peluang nak balik. mungkin raya ni kot. ermm

Sunday, 4 February 2018

Diet kelaut?

okay, tahun lepas saya ada diet atkin. tak makan nasi dan hanya makan protein, sayur dan lain-lain yang sewaktu dengannya. memang langsung tak ambik carbo dan air manis 3 bulan pertama. Dan hasilnya, berat turun sebanyak 12 kg.

tapi lepas raya tahun, dah tak diet betul-betul macam 3 bulan pertama. 2-3 bulan lepas raya start makan nasi dalam kuantiti sikit. sebelum diet memang nasi penuh pinggan. lepas diet, makan separuh dah rasa kenyang. tapi, berat still maintain. tak naik, tak turun. okay, kadang-kadang ada naik juga tapi lepas tu mesti turun balik.

lepas start kerja kat selangor, rasa macam berat ni start naik je. rasalah sebab kat sini tak ada penimbang. walapun kat sini selalu makan nasi tengah hari dan malam hanya makan ringan-ringan macam biskut. rasa macam berat naik sebab selalu makan tengah hari dalam kuantiti yang agak banyak juga dalam satu pinggan tu.

antara sebab utamanya, pingan kat kafe tu besar, lepas tak dapat agak kuantiti nasi tu masa orang kafe tu letak. dari jauh nampak macam sikit, tapi rupanya, banyak. dan diri sendiri sejenis manusia yang akan sentiasa habiskan makanan dalam pinggan. walapun rasa macam dah nak kenyang, mindset tetap kena habiskan juga. jarang sangat tak dapat habiskan makanan. kalau tak habis, mungkin takde selera atau makanan tu memang tak sedap langsung sehingga perut takboleh nak terima makanan tu. ayat kat atas ni macam nak salahkan pinggan, padahal salah diri sendiri.

kesimpulannya, harap-harap berat tak naik lah dan kat atas ni hanya perasaan je kot yang merasakan macam berat naik.

Tuesday, 30 January 2018

Hi Januari

kemain lagi hi januari, padahal harini dah 30 januari. dah sampai penghujung january baru nak hi bagai. haha

almaklumlah, sedikit sibuk dengan hidup baru ni. sebelum ini menganggur kat rumah sambil baking biskut coklat cip untuk dijual. baking ni tak adalah terlalu sibuk, mungkin agak sibuk juga bila order banyak, tapi still ada masa untuk relak relak lepas dah siap baking. kalau kerja, sibuk letih lain sikit dari biasa. walaupun letih setara mana pun, memang kena hadap je sebab still lagi kena kerja untuk hari esok dan seterusnya. memang tak boleh nak lari kan.

alhamdulillah, setakat ni nak dekat sebulan kerja. (masih dalam tempoh percubaan, semoga dapat kerja tetap). kalau tanya, seronok tak kerja. ermm, lumrah hidup mana-mana kerja ada dugaan dan cubaan. kerja ni memang dah jatuh jadi tanggungjawab. macam mana nak sara hidup kalau tak kerja. takkan nak mengharapkan mak ayah je. kan dah besar, kena lah usaha sendiri juga kan. selama duk mengganggur kan rumah tu, memang ada rasa bersalah jugalah sebab terlalu lama duk rumah. lepastu campur dengan tekanan sebab tak dapat kerja lagi. ada rasa malu juga dengan kawan-kawan yang dah dapat kerja. kalau dalam group, memang takkan sentuh topik kerja. jadi rendah diri tertiba, keyakinan diri menjunam jatuh.

bukan tak cari kerja, banyak je apply sana sini. mak kita macam tak nak lepas pergi kerja luar dari negeri. sebab tu tak banyak apply kl, selangor dan banyak apply kerja kat kawasan rumah, tapi semua kerja di luar bidang. sebab tu tak ada rezeki kot. bidang kita memang kurang kerja dekat kawasan rumah. banyak di area yang jauh dari rumah terutama kl selangor. lama-lama mak macam terpaksa pasrah. cuba minta lagi kat area selangor dan alhamdulillah dapat iv dan terima tawaran kerja sekarang.

tu pun mak macam tak percaya/nak lepaskan kita kerja jauh walaupun sebelum ini memang internship di kawasan selangor. yelah, kalau intern, memang sah-sah lah lepas habis akan balik rumah juga. bila dah kerja, memang akan bermaustatin di tempat baru lah jawabnya. sebab tu lah kot mak berat hati nak lepas sebab mak sebolehnya nak anak-anak duduk dekat. tapi mak, nak buat macam mana, dah terpaksa. kalau boleh, saya pun nak duduk dengan mak juga. alangkan best kalau kat area rumah banyak kerja yang berkaitan dengan bidang.

ermm, terpanjang lah pulak coretan harini. okay, bye!

Sunday, 31 December 2017

Kuih Cara Berlauk

kuih cara berlauk will be always my favourite kuih. Kalu jumpa memang akan selalu beli. lagi-lagi bila bulan puasa, memang akan teringin nak makan kuih cara. tapi, takkan nak pandai makan je kan, kalau nama pun kuih yang kita suka, mestilah kena pandai buat juga kan..

sebenarnya, beberapa tahun yang lepas pernah cuba buat tapi hasilnya tak berapa tip top sangat. mungkin sebab pakai sarang kuih bahulu mini kot. tetiba je salahkan sarang. haha. tapi memang betul pun sebab susah nak keluarkan dan asyik melekat aje. bila beli sarang baru yang memang untuk kuih cara, tak adalah melekat pula. saya ni beli sarang kuih cara pun dah cukup bahagia. hehe

gigih cari beberapa resepi baru untuk dicuba. dan hasilnya memang tip top. bagi citarasa saya lah. dan resepi ini saya ada ubat ratio tepung dan air sebab resepi asal adunan terlalu cairbagi saya. kalau nak buat kuih cara berlauk, boleh lah cuba resepi mudah dibawah ini okay.


tadaa~ Kuih Cara Berlauk sedia untuk dingap!

close-up


Kuih Cara Berlauk

Bahan untuk adunan tepung:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air
  • 2 sudu minyak
  • 1 biji telur
  • 2 tsp garam / secukup rasa
  • sedikit pewarna kuning

Caranya:
  1. Adun semua bahan sehingga sebati. Boleh guna blender atau kacau guna whisk.




Bahan untuk lauk dan hiasan:
  • 200 gram daging cincang
  • 1-2 labu bawang besar - dicincang atau kisar
  • 1-2 ulas bawang putih - dicincang atau kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari - dibancuh dengan sedikit air
  • garam secukup rasa.
  • Daun sup - dicincang
  • Lada - dihiris halus

Caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang. 
  2. kemudian masukkan bancuhan serbuk kari. Tambah setengah cawan air dan daging cincang yang telah dimasak terlebih dahulu.
  3. Masak dengan api sederhana sehingga cecair kering.


Tips:
  1. Bancuh aduanan dalam jug supaya senang nak tuang kedalam lubang sarang kuih cara.
  2. oleskan sedikit minyak pada lubang sarang sebelum dimasukkan aduanan. kemudian letakkan daging, lada dan daun bawah.
  3. Guna api sederhana kecil ya
  4. Jangan usik adunan sehingga ia betul-betul masaknya supaya ia tak melekat dan senang untuk keluarkan.

Selamat mencuba ya! untuk resipi ini boleh dalam dalam 40-50 biji macam tu bergantung saiz lubang sarang kuih cara.




Saturday, 30 December 2017

New Chapter



Fuh, lama betul tak menulis disini. Hampir 5 bulan dan tahun 2017 hanya berbaki sehari sahaja lagi. Lama tak menulis kerana jarang singgah disini. sedikit sibuk dengan dunia penggangguran dan juga sibuk mengabiskan masa dengan membakar biskut coklat cip untuk dijual secara sambilan dan serta menguruskan hal-hal lain.

Bila tiba 1 Januari 2018, maka bermula bab baru dalam hidup saya. Bab dimana saya akan memulakan alam pekerjaan yang sebenar setelah menganggur selama sepuluh bulan. Mungkin alam yang penuh cabaran. ermm.. kita tengok nanti dan harap-harap ia dapat saya hadapi dengan cekal. ia juga alam dimana saya perlu berdiri dengan kaki sendiri seratus peratus. kata lainnya, berdikari tanpa bantuan keluarga. erm, mungkin masih perlukan sedikit bantuan lagi sebenarnya. :)
okay, good luck to myself!

Sunday, 23 July 2017

Chocolate Chip Cookies

Seperti yang dijanji dalam entri-entri yang lepas, maka entri kali ini saya akan share resepi rahsia saya. rahsia la sangat.haha.. dah lama saya guna resepi ini. resepi asal dari internet tapi saya ada ubah sikit resepi ini. dan saya mesti buat cookies ni untuk raya. memang wajib buat setiap tahun. 2 kali raya, ada yang minta resepi dari saya. terharu~~ wuu~ kata mereka cookies ni sedap. itu memang semestinya. hehe

recycle gambar entri lepas. :)
Resepi Biskut Coklat Cip 

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan Tepung Gandum**
  • 1 Tsp Baking Powder**
  • 1 Tsp Soda Bikarbonat**
  • 1 Tsp Serbuk Koko**
  • 250 gram Mentega/ Buttercup
  • 1 1/2 cawan Gula Perang
  • 1 biji Telur
  • 1 Tsp Esen Vanilla
  • 1 1/2 - 2 cawan coklat cip (ikut citarasa)


Cara-cara:

  1. Ayak bahan yang bertanda ** (Tepung, B. Powder, S. Bikarbonat, S. Koko) dan gaul rata. Ketepikan.
  2. (Adunan B)Pukul mentega dan gula perang menggunakan mixer. Kemudian masukkan telur serta esen vanilla. Jangan pukul terlalu lama. 
  3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan B sikit demi sedikit. Kemudian masukkan coklat cip dan gaul rata mengunakan senduk. 
  4. Adunan sudah siap. Simpan dalam peti sejuk seketika. Hanya keluarkan bila nak membakar sahaja.
  5. Sudukan (guna sudu kecil) sedikit doh pada loyang. jarakkan sedikit ruang antara doh. 
  6. Bakar selama 25-30 minit dengan suhu 180 celcius.
Boleh rujuk gambar dibawah.


Tiga yang utama. 1) Adunan Basah 2) Bahan kering yang diayak 3) Coklat cip

Bahan yang diayak dan adunan basah dalam bekas yang berlain 

Ketiga-tiga perkara yang telah digabungkan

Dengan recipe inilah saya buat bisnes part-time kecilan saya. lepas ni nak jual roti sosej/pizza pula. dah test jual minggu lepas.. lepas ni kena konsisten buat setiap minggu. semoga saya rajin nak menguli roti.

Thursday, 20 July 2017

My Part-time job

Okay.. Sementara tunggu untuk dapatkan kerja tetap, kita buat part-time business dulu. Dari dulu memang adalah bercita-cita (antara impian kecil kita laa) nak berbusiness walaupun memang zero ilmu perniagaan ni. takpe, belajar sikit-sikit dan kumpul pengalaman. tak mustahil dari zero boleh jadi hero. yang penting kita kena kental dan tak mudah putus asa, ye dok?

Masa kat U dulu pernah jugalah jual something. Jual kerepek sebenarnya. tapi tak bertahan lama pun sebab masa tu tinggal kat asrama luar dimana student tak ramai pun. kiranya tak mendapat sambutan mana la. lagi-lagi tak ada alat yang betul untuk seal plastik kerepek. guna seterika je. haha.. gigih betul. sekarang dah ada. beli kat Lazada. haritu beli je walaupun tak jual kerepek dah sebab manalah tahu ada kegunaaan masa hadapan. tup tap memang berguna pun. lepas tu, ada juga join gerai jualan festival fakulti dengan kawan-kawan. masa tu tinggal kat rumah sewa, jadi boleh masak murtabak maggi kat rumah sewa siap-siap kemudian jual je. laku jugalah murtabak maggi kami tu. sekejap je habis lepas kena serbu oleh junior kesayangan.

Chocolate Chip Cookies. RM 15 / 50 Pieces
Panjang betul intro, padahal tak masuk pun lagi main topic. sebenarnya saya jual Chocolate Chip Cookies atau nama melayunya adalah biskut coklat cip. masa bulan puasa haritu ada jual 2 balang biskut ni kat kawan kakak sebab dia ada makan yang kakak bawak kat hostel sebelum puasa dan dia tanya buat untuk jual tak. tapi ini bukan sebab yang utama tercetusnya business part-time saya ini. jeng jeng..

alkisah bermula pada hari jamuan hari raya di sekolah mak dan mak bawa biskut coklat cip sebagai hidangan sampingan. lepas tu ada dua orang cikgu yang pregnant nak order biskut. jadi bermula lah kisahku sebagai penjual biskut coklat cip. selepas tu, ramai juga cikgu-cikgu yang lain order dan ada juga yang repeat order. rasa ramai yang beli sebab saya jual murah jugalah berbanding yang lain. tapi still ada untung. RM 15 untuk 50 biji biskut dan saya ada letak lebih juga dalam satu balang tu.

alhamdulillah sebab dapat peluang untuk menjana duit sementara duduk rumah. setakat ni dah terjual sebanyak 53 balang dah. tak sangka dapat jual sebanyak ni. tak sangka juga saya dah baking lebih kurang 3000 biji biskut. sebenarnya baru je kira. sungguh membanggakan (cakap kat diri sendiri). untuk ahad ni, ada lagi yang order.

14 balang dalam satu hari. Baking dari pagi sampai malam.
saya harap business kecilan saya ini sentiasa dimurahkan rezeki. amin. dan dalam masa terdekat, saya akan cuba kongsikan resepi yang saya guna. dah lama resepi ini biskut coklat cip ini yang sememang akan saya buat setiap kali raya. (dah 5 tahun lebih kot)

Sunday, 2 July 2017

My Kuih Semperit

Untuk raya tahun ini, cabar diri sendiri untuk buat kuih semperit. ini pun last minute plan. ingatkan buat kuih semperit ini senang, rupanya susah juga ya. perit jugak nak buat semperit ni susahlah kot untuk kali pertama buat. yelah takde pengalaman lagi membuat kuih semperit.

ingatkan kat rumah ada acuan semperit rupanya yang ada cuma muncung yang untuk piping tu. yg bentuk kon tu. mati-mati ingat acuan untuk bentukkan bunga besar sebab kon tu besar daripada yang lain. bila diletakkan adunan dan ditekan, sekali keluar kecil je. haha.. disaster. macam mana nak buat semperit ni. dah lah adunan sudah buat. adunan bukan main sedap. kalau tak teruskan buat semperit, membazir pula adunan semperit yang sedap ni.

bila ada masalah, kita kena kreatif untuk cari jalan penyelesaian. guna aje acuan yang ada cuba pipe kan memanjang dan gabung tiga. jadilah macam semperit. perit juga lah nak menekan adunan dengan tangan sebab takde acuan semperit yang betul. berharga sungguh pengalaman ini. walaubagaimana pun, hasil kuih semperit memang sedap. sangat berpuas hati dengan resepi ini. ada ubah sikit resepi ikut kesuaian bahan. kat bawah nanti saya akan sharekan repesi yang telah diubah.

tadaa.. ada lah rupa sikt walaupun tak berapa lawa sangat
bersolek lah sikit bagi lagi lawa. berterabur chocolate rice.

Bahan-Bahannya


  • 375 Buttercup (1 1/2 blok)
  • 1 1/2 cawan Gula Aising
  • 2 Biji Kuning Telur
  • 1 Tsp Esen Vanilla
  • Sedikit Pewarna kuning (Saya tak letak)
  • 2 cawan Tepung Gandum*
  • 1 cawan Tepung Kastard*              *diayak dan kacau sebati
  • 2 cawan Tepung Jagung*
  • Chocolate rice / Colorful 

Cara-Caranya
  1. Masukkan butter kedalam mixer
  2. Masukkan gula aising
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla
  4. Masukkan semua tepung yang diayak sedikit demi sedikit
  5. Bentukkan semperit menggunakan acuan semperit dan taburkan chocolate rice
  6. Bakar pada suhu 180 Celcius selama 20 minit. Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu

Nota:

Setiap oven tak sama, so korang bolehlah sesuaikan dengan oven masing-masing ye.
Oven kat rumah dah lama. jadi suhu tak kuat sangat. saya bakar pada suhu 200 C. dan biasanya yang bahagian atas cepat masak, jadi kat pada minit ke 11 saya tukarkan loyang kat atas turun kebawah dan sebaliknya supaya kuih masak sama rata. Maklumlah, usia oven lebih dari 15 tahun. selagi tak rosak, kita guna.

Thursday, 22 June 2017

Before Raya

Tahun ini raya jatuh hari Ahad, 25 Jun 2017. Lagi 3 hari termasuk hari ini. lagi tepat 2 hari setengah kot sebab sekarang dah separuh hari. Alhamdulillah, tahun ini diberikan kesempatan untuk berpuasa penuh dirumah bersama keluarga walaupun tak lengkap sebab ada adik beradik yang belajar. masing-masing duduk asrama. akhir ramadhan baru cuti.

Adik lelaki sulung dah balik rumah ahad lepas. Dua adik perempuan akan balik petang ini. Dan kakak yang sulung akan menyusul balik malam ini dan mungkin sampai sahur nanti. inshaAllah, maka lengkaplah keluarga kecil kami. ;) esok, kami akan bersahur bersama-sama dengan semua ahli buat kali pertama ramadhan ini. sekala, berempat je selalu. saya, adik bongsu dan mak ayah. kali ini berlapan, ayah mak kakak saya dan adik-adiks kesayangan.

Seperti tahun sebelum ini, memang saya akan buat biskut raya. antara kuih yang biasa buat kuih sarang semut, cornflakes madu, cornflakes coklat dan Biskut Coklat Cip adalah kuih yang paling wajib buat. my signature kuih tu beb. kali buat lebih sebab ada orang order. yahuuuu. satu balang ada 50 biji yang dijual dengan harga RM 15. kira murah tau sebab ada yang jual RM 20++ gitu. lagipun, saya tak kedekut coklat cip. hihi. siapa nak order bolehlah PM ye.

Tahun ini saya cuba buat Biskut Batang Mancis. tapi tapi... tak berapa menjadi. huwaaa. tak kena resepi betul kot. susah tau nak jumpa resepi yang serupa dengan yang pernah buat masa sekolah dulu. rasanya dulu buat tengok resepi dalam buku masakan mak, tapi cari tak jumpa. resepi mak, adunan nya kena canai, resepi jumpa kat internet adunan sedikit lembik sebab kena piping. bila tak menjadi, macam tak semangat je nak try buat kuih lain sebab takut tak menjadi juga. nak cuba buat biskut dahlia, harap-harap menjadilah ye.

selain kuih raya, mesti kena ada kerepek juga kan. kalu kerepek, biasanya beli je, tak pernah buat lagi setakat ini. hihi.setiap ramadhan, mesti kena beli kerepek kegemaran saya. iaitu kerepek bawang, kegemaranku sejak zamn berzaman. bila makan, mesti melekat kat celah gigi tapi part ini yang nikmat makan kerepek sebenarnya. haha. mak pulak, mesti wajib beli kerepek pisang dan ubi. kerepek lain pun beli juga. Tahun ini best sebab jumpa kerepek bawang yang rangup lembut dan tak terlalu keras. bila mengunyap, best feeling ever. melted in my mouth. dan kerepek ubi pun sama. Sedap betul makan kerepek ye, terus lupa diri yang tengah diet dan kena elakkan makanan berasaskan tepung. sebab itu lah minggu ini berat susah nak turun maintain sama je. mujur maintain sama, kalau naik? arghhh tidakkk.

eh eh, terpanjanglah pula kisah kali ini. okaylah, berhenti kat sinilah dulu dan Salam Aidilfitri.


psttt: kena cari lagi sekali resepi dalam buku mak kot-kot terlepas pandang ke. selalu buat Chocolate Chip Cookies tapi tak pernah share resepi lagi dalam blog ini. tengoklah, kalau rajin lepas ni, saya share ye.

Thursday, 15 June 2017

#MyAtkinsDiary2




Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan amalkan diet aktins, berat turun sebanyak lebih kurang 12 kilo. Pencapaian yang agak memberangsangkan walaupun tak capai target lagi sebenarnya. Target nak turun dalam 30 kilo lebih camtu sebab nak capai BMI normal.

BMI asal 37.8 memang terkejut sebab termasuk dalam kategori Extremely Obese. sadis betul. Sekarang 33.2 masih Obese. takpe, kita kurangkan pelan-pelan sampailah masuk kategori Normal. inshaAllah boleh dengan usaha dan tawakal.


my BMI:

  • 27.04.2017 - 37.8 (Extremely Obese)
  • 15.06.2017 - 33.2 (Obese)


Kalau nak BMI normal, berat kena 64 kilo camtu. yeah, saya boleh lakukan!

Thursday, 1 June 2017

Kisah Etot

okay, lebih kurang 2 minggu lepas, Sabtu petang. masa nak bagi makan kat Etot, (Etot ni kucing paling bongsu) perasan ada luka kat leher belah kanan. berlubang. agak dalam juga dalam 1 inci macam tu kot. dan juga ada sedikit nanah. okay, dalam hati terus kata "esok pagi-pagi hati kena pergi vet". kalau nak pergi vet, memang kena kurung dalam sangkar kucing lah jawabnya. senang bila nak pergi vet tak payah nak kena tunggu etot balik rumah. yelah, kucing suka merayap entah kemana. buas sangat. tu yang boleh luka.

keesokkan pagi, bawah pergi vet yang biasa pergi tapi tak boleh sebab katanya kehabisan ubat bius. mungkin nak bedah buang luka tapi tak tengok pun luka kat kucing terus kata tak boleh. lepas tu pergilah vet lain yang jauh sikit. katanya tak perlu bedah kalau sanggup nak jaga kucing. konklusinya, 3 kali cucuk dan bagi ubat sapu dengan ubat cecair untuk matikan ulat. ye, luka tu dah ada ulat walaupun baru satu hari. jadi, kalau kena macam ni korang kena bawa pergi vet cepat-cepat.

sekarang Etot yang nak baik. luka dah kering dan dah tumbuh isi. sikit lagi bertutup lah lubang luka tu. Alhamdulillah.

Thursday, 25 May 2017

#MyAtkinsDiary1

okay, post sebelum  ni ada mention yang saya start atkin diet. dan makna sudah hampir sebulan saya amalkan atkins diet. :)

hanya 20 carb sehari

macam tak percaya diri sendiri sebab berjaya tak makan nasi hampir sebulan.Yeah! termasuk jugalah mee, roti dan makanan yang sewaktu dengannya. memang elakkan. Air manis pun lansung tak minum. hanya minum air kosong. walaupun selalu juga terliur bila mak beli susu coklat. arhhh.. tahan jelah.

setakat ni berat memang turun, dalam 7 kilo juga turun dalam 2 minggu pertama. tapi 2 minggu kedua, berat susah betul nak turun. kalau turun pun tak sampai sekilo. berat maintain je naik sikit turun sikit. berharap sangat angka depan turun satu. lagi sekilo je.

ini maknanya kena tambah usaha lagi. banyakkan exercise. sebab sebelum memang tak exercise pun. cuma jaga makan. 2 3 hari baru start exercise buat simple aerobik dalam 35-45 minit sehari. tapi, lagi 2 hari dah start puasa. lagilah rasa malas nak exercise. dilema betul. kalau nak exercise pun kena buat waktu malam la kot. ermm.. tengok lah dulu. kalau tak pun sambung exercise lepas raya la jawabnya.