Wednesday 7 May 2014

im a student

assalamualaikum..

aku masih seorang pelajar.
bukan budak tadika,
bukan juga budak sekolah rendah
mahupun sekolah menengah.
aku budak lepasan matrik 
dan sambung belajar di IPTA.
jadinya, aku pelajar universiti.

memang, dari dulu lagi, 
sejak sekolah rendah lagi, 
salah satu impian aku adalah 
nak masuk universiti.
masa tu, bagi aku
universiti ini adalah tempat yang hebat.
sesiapa yang masuk u mesti hebat. 

aku ingat lagi yang cikgu pernah cakap
yang pelajar u kalau cuti mesti lama.
kalau cuti mesti rilek je tanpa ada sebarang homework.
kalu tengok kat tv pulak, 
pelajar u mesti nampak macam senang je
bawa beg kecil je, pastu pegang buku kat tangan sket.

dalam fikiran aku yang masih tak matang lagi masa itu
aku ingat yang belajar kat U ni senang dan mudah.
aku ingat belajar kat U tak banyak homework masa cuti
macam sekolah yang kalau cuti mesti homework bertimbun.

tapi semua tu hanyalah khayalan aku semata-mata
semua sangkaan aku itu silap
bila aku semakin menginjak dewasa
aku semakin faham bahawa hidup itu tak semudah 
seperti yang kita sangkakan
hidup ini penuh dengan cabaran
 
apabila kita naik satu anak tangga
semakin bertambah luas cabaran
semakin susah apa yang kita pelajari
semakin banyak ilmu yang kita perlu pelajari
semakin berganda usaha yang kita perlu buat
semakin besar tanggungjawab yang perlu digalas.

bila dah masuk belajar kat u ni,
dah tak boleh nak main main macam zaman sekolah
sepanjang sem kena belajar dan buat yang terbaik
sebab apa yang kita buat sepanjang sem akan dikira
sebab u pakai sistem carry marks
kalau carry marks rendah, memang akan effect final
dan setiap sem pun kena score
sebab kalau satu sem result teruk
overall result mesti terjejas juga.
bila kat u juga, banyak benda nak kena handle
assigmnet tu, projek ni, program tu lagi
dan banyak lagi

kesimpulannya, jangan jadi leka
kekal di jalan yang lurus
dan buat sebaik mungkin
jangan hampakan harapan keluarga
buktikan yang diri ini boleh berjaya!!!


always remember this qoute...


"study hard, never lose hope
you will never get a success
unless you run for it"

[a special quote from my sis]
:)



No comments:

Post a Comment