Sunday 11 May 2014

miss my hometown's beach


erm. walaupun tempat yang aku duduk ni dekat dengan pantai, tapi tak nampak pun pantainya sebab terlindung dengan semak-semak pokok.

tiba-tiba aku jadi rindu dengan pantai kat rumah aku. dulu masa sekolah, setiap pagi memang akan lalu jalan pantai. memang setiap hari ahad sampai khamis tengok pantai.

ada sesuatu yang special pasal jalan pantai ni. kalau kat Terengganu memang akan ada jalan pantai. jalan pantai yang saya maksudkan di sini ialah jalan yang berada tepi pantai.. kalau lalu atas nya, memang akan nampak pantai dari dalam kereta.

 contohnya jalan pantai penarik, jalan pantai kelulut, marang, jalan pantai kg pasir puteh, jalan pantai rantau abang-kuala abang, jalan pantai tanjung jara, jalan pantai sura dan banyak lagi kot.

kalu jalan pantai kat rumah aku ni meliputi banyak kawasan. bermula dari kuala dungun, pantai teluk lipat sura jetty, sura tengah, sura hujung dan berakhir dengan pantai teluk gadung kat kaki bukit bauk tu. jalan pantai ni panjangnya lebih kurang 11 km kalau tak silap.

psttt.. kalau nak panjang lagi sambung pula kat jalan tepi sungai dungun.. hikhikhik..  :p


luas mata memandang kan. yang hujung tu bukit bauk.

lawa kan. sebab tu aku suka tengok pantai. rasa tenang je.

nama macam kecik je kan. tapi kalu berdiri kat situ, 
kepala sampai setakat 3/4 tiang yang halus tu je..


ini view dari kaki bukit bauk, pantai teluk gadung
yang kat hujung sana tu kampung seberang pintasan
 






pic cr: owner
gambar dicilok dari google image

No comments:

Post a Comment