Tuesday 13 May 2014

kisah tiada tajuk #1


pssttt...tiba-tiba aku jadi meroyan nak menulis 'kisah' lagi macam yang aku selalu buat kat blog lama.'kisah' yang aku tulis takda kaitan langsung dengan penulis ye. harap maklum. :p


-----------------------------------------




sejak dua menjak ini, aku selalu stay-back di library lagi. ambil mood lain sebab kalau asyik di bilik, lama-lama aku akan jadi bosan. bila bosan, mesti aku bukak laptop dan buat kerja yang sia-sia. haish.. kalau aku study kat library, mesti aku akan duduk kat meja yang sama tepi tingkap sebab aku boleh tengok permandangan luar bila aku rasa tepu. lagi lagi depan tasik depan library tu. lagi pergh. well.. i like nature.

sebenarnya, sejak aku selalu duduk bertapa dalam library ini, aku ada perasan pasal seorang budak lelaki. dia macam aku juga. selalu tengok dia study sorang-sorang. dan dia selalu pakai kemeja ada jalur halus. tapi selalu je tengok dia pakai baju biru lembut. firasat aku, mungkin itu baju favourite dia. hihi.

 tapi harini, aku lansung tak nampak dia. aku hanya tenung buku je harini. fokus hilang. mungkin sebab aku terlalu ambil kisah tentang lelaki itu. mungkin aku tak perasan dia kot sebab harini ramai sangat kat library.

'hana, fokus fokus.. tak perlu kau ambil tahu pasal lelaki yang tiada kaitan dengan diri kau'

******

hari lain.

"hana, kau stay library eh macam biasa, kalau gitu kitorang balik dulu ye". wana dan nisa menunjukkan tanda mahu beransur pergi. tiba-tiba hana turut tergesa-gesa mengemas barang ke dalam beg. mereka pelik sebab kebiasaan sejak dua menjak ni hana akan berlengah-lengah dulu sebelum ke library.

"jap, tunggu aku kemas barang". beritahu hana. wana pandang nisa. nisa hanya mengangkat bahu menandakan dia tak tahu apa-apa.

"jom balik." ajak hana. mereka bertiga bergerak ke depan fakulti untuk tunggu bas. mereka hanya diam tanpa suara. hanya buat urusan sendiri. sehinggalah wana bersuara.

"hana, kenapa kau dah tak stay library eh?" tanya wana sebab dia dah takleh tahan perasaan ingin tahu. kekeke.

"erm.. tak ada apa sebenarnya. aku rasa nak study kat bilik je harini". hana hanya jawab dengan muka yang macam tak ada perasaan. wana dan nisa hanya mengangguk sahaja. dia kenal perangai si hana ni macam mana. kalau betul-betul nak cerita, nanti dia sendiri akan cerita penuh dari A hingga Z. jadi hanya perlu sabar tunggu saat tu.

sampai saja dibilik, hana hanya termenung di meja. buku lansung tak terbelek. fikirannya dan melayang ke lain. ahh.. sudah.. sudah sampai ke galaxy mana entah.

'kenapa dia dah pergi library eh'

'hana, apa yang kau buat ni. final exam dah dekat. kau sepatutnya study, buka tenung je buku ni'. hana berperang dengan diri sendiri. dia mahu belajar tapi badan tak beraksi seperti yang dikehendaki. hana hanya mengeluh. dia sendiri tak faham kenapa dia jadi macam ni.



bersambung...


psttt.. nampaknya penulis kena selalu study library lepas ni untuk cari ilham menulis. kekeke  :p

No comments:

Post a Comment