Monday 19 May 2014

study week




hari ini dah masuk hari ke 4 study week. aku tak start study apa-apa secara rasmi lagi pun. 2 hari digunakan untuk kursus kahwin. pagi semalam tidur dan lepak ceggitu je dan petang tu keluar gi bandar utk urusan tiket kawan-kawan dll.

ermm.. tinggal 5 hari lagi. khamis ni dah di-reserved untuk presentation os. Dinner lagi. kalu kira..4 hari je yang tinggal sebenarnya.kalu tolak tidur makan dll tu mungkin 3 je kot.  :(

aku kena start study lepas aku tekan button publish ni. mula-mula aku kena buat time table, make sure untuk buat short note. untuk subjek yang susah nak faham.. nak kena tanya orang lain. dan study study study sebab aku tak mahu menyesal dikemudian hari.

lagipun kakak aku dah pesan supaya aku dapat dean list for every sem. aku akan jadikan kata-kata kakak aku ini sebagai pembakar semangat aku sebab aku memang respect dengan kakak aku. aku nak berjaya macam dia dan banggakan mak ayah dengan kejayaan aku.

aku tak berapa bagus masa kat matrik. tak pernah dapat dean list. pernah fail kimia masa ups sebab aku memang tak pandai kimia. aku tahu mak aku sedih dengan aku walaupun mereka tak kata. aku tahu sebab aku pun sedih juga dengan diri aku. dan aku tekad untuk go on degree dengan subjek yang aku suka dan yakin. sebab tu aku tak minta untuk sambung science stream tapi aku minta scom banyak dalam list upu aku dan alhamdulillah aku dapat scom.

untuk result sem 1 haritu, bila aku cakap aku dapat >3.5  , aku nampak senyuman mak aku. aku tahu itu senyuman gembira sebab aku pun gembira tak terkata masa tu. feeling bila dapat result macam tu yang tak pernah aku rasa sebelum ini. feeling itu sangatlah awesome dan aku nak selalu nak feeling macam tu setiap kali aku dapat result. inshaallah dengan usaha aku.

note to myselft.. and always remember this..


"study hard, never lose hope
u ll never get a success
unless u run for it"
 

study study study

No comments:

Post a Comment